Monday, March 7, 2022

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to play cat playground..🤣🤣
Zara.. Cuba untuk jadi cat lover but fail.. dia bosan sebab sufi selalu kacau dia..plus dia penakut sikit.

 sufi juga Cuba to play.. cuma time kami sampai..kucing banyak yang nak tidur je. So budak2 ni macam geram la.. and be careful. Kucing kucing ni bukan semua friendly.. garang pun ada.
Cuban membangun kan anak2 kucing yang tidur tu.. iman minat sgt nak angkat yang hitam tu.
ni kucing punya today ferris tapi anak aku plak yang duduk.. dia bosan wei

So overall..  kalau peminat kucing maybe you will enjoy time

Fee as below

Kids under 90cm FREE
Other rm15 / person
Duration : dalam 1 hours..
Location: level 1,  Sunway Putra Mall (depan sikit dari Family Mart and near Padini)


Food for cat... you kena beli.. and kucing tu mmg lapar .. so sesiapa yang beli mmg kucing tu akan berkerumun la.

Staff plak.. ada yang friendly and ada yang asyik perhati anak2 kita je .. ingat kucing kena penyek kot..or maybe kucing gigit anak korang. So yeah.. if you want to go.. can go.

Ok I share the environment dalam ok.

So.. That all

Love
Mami sue

Oh jangan lupa korang,  nak.takaful plan..cari ciksu
0183592482

Wednesday, December 8, 2021

CyberJaya 2D1N

Hello reader....apa kabor?

Ok kali ni su nak share trip ke Cyberjaya. Ya dekat Putrajaya tu.. sekarang makin membangun Cyberjaya ni.

So kami stay di homestay..Vertex 

Rate cuma rm106 ..booking.com lah

Tempat memang menarik. Rumah kami stay jenis studio. Ada katil,2 sofa dan kitchen..mesin basuh iron semua Lengkap.

Kolam besar..and kolam kanak2 pun besar dan berbumbung.

Ada taman permainan, gym, outdoor exercise place dan juga tennis and bola keranjang court.

Nak rilex2..boleh la you all pergi.

Cuma..Internet sangat tak bagus sini..

muka hangus mandi tengah panas lit lit

View petang

View dari menara tinjau..sini banyak burung gagak ya..


Nanti ciksu share lagi lain2 tempat.

Nak dapatkan pelan hibah?
Contact ciksu sini

0183592482
0183592482
0183592482




Friday, October 16, 2020

Tips nak happy, nak bahagia

 Assalamualaikum, good morning


Menarik kan.. Rm20 kat coffee bean and leaves.. P cari nah.. Termasuk air.. 

Pagi yang bahagia ni. Nak share sesuatu yg menarik dari apa saya baca. 

=====Tulisan penulis yang ramai kenal ====

Nak happy, nak bahagia, nak rezeki masuk, nak hidup seronok, nak ada ujian yang boleh hadap, nak stress yang membangunkan diri, nak sepanjang hari indah dengan kepelbagaian ilmu dan pelajaran, pastikan 1 jam selepas masuk waktu subuh dan solat subuh, kalian lakukan ini:

1. Tidak tidur selepas solat subuh. Lebih baik melakukan aktiviti lain seperti zikir, bersenam, membaca, mengaji, Al-mathurat dan sebagainya.

2. Minum satu atau dua gelas air masak. Ia akan menyegarkan badan dan membersihkan perut, melawas dan melancarkan usus. Semua ini akan berkait dengan cara berfikir. Oksigen bagus, badan cergas, minda pun cerdas!

3. Tetapkan diri mahu melakukan apa. Sediakan perancangan harian untuk buat semua benda pada hari tersebut. Duduk sekejap melihat diari dan berdoa semoga urusan hari itu dimudahkan Allah.

4. Keluar rumah dengan doa akan kembali ke rumah dalam keadaan baik seperti pada keluar awal pagi.

5. Biasakan diri bersarapan. Makanlah walau sedikit. Ia tanda kesyukuran rumah masih ada makanan. Ucaplah alhamdulillah sebanyak mungkin.

*****

Jika boleh, mandi sebelum masuk waktu subuh. Ia akan beri kita kebersihan diri, keselesaan beribadah.

Kita tentukan bagaimana hidup kita pada hari tersebut. Jika ada ujian, hadap dengan hemah. Matangnya kita adalah apabila kita sambut dan sahut ujian itu dengan ketenangan.

Semua itu kita yang tentukan bagaimana kita nak berfikir dan bertindak. Kita yang kawal semuanya.

Yang tak boleh kita kawal ialah rezeki kita, namun kita boleh cari dan minta kepada Allah. Yang tak boleh kita kawal ialah kematian kita, itu kita boleh mohon semoga ia berakhir dengan sebaik-baik kematian.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat.


==========

Credit to penulis= Khairul Hakimin Muhammad (dia ada web ya, maaf la xleh copy link sini.. Sis pakai phone hr ni menaip) 

Tuesday, October 13, 2020

I got 5 kids already.. Yuhuuu

 Masa berlalu pants sekali.. Anak ramai, kerja banyak.. Blog bersawang tahap 100 pun xdan nak sapu wei...


By the way, my Powerpuff girls is here.. 




Monday, July 1, 2019

Cake exclusive dari astcakes_cm

Hari ni depa celebrate boh yg passion tinggi.. Cake dia lawa weh... Lawa sgt2 sampai nangis I nak makan... Branded item wei.. LV you.. Lois votton.. Korang eja la sendiri...

Apa2 pun.. Happy birthday bohhh...


Sempat la aku posing dgn belon dia... Korang abaikan kebungcitang aku ya.. Maklong lah.. Anok 5 dah boh... Bersawang aku tinggal diary ni sbb nak hasilkan anok 5...gituuu...


Tuesday, May 14, 2019

Rindu blog balik

Ala ...rindu nya diary kita ni...dari anak 2..sekrang anak kita dah 5 dah....

nanti kita tulis2 lagi kat sini

Wednesday, May 25, 2016

Hancur hati bila hancurkan hati org lain

tak tahu lah apa nak kata

bukan salah kit apun di kata salah kita sebab tak check betul2..mana lah kita ni tahu .

Tak per, memaafkan lagi baik dari pendam.

aku maafkan semua org,.

Saturday, April 23, 2016

Hidup kita Berpusing pusing

Tadi baru habis baca 1 blog...bukan kawan tapi saya kenal dia..kenal sebab satu sekolah..SMA Khairiah.Trg.

Ada 1 word dia.. I am poor but rich in Mind..lebih kurang la.

Yes, dia mmg dikenali kt sekolah tapi bkn sbb akedemi..tapi, sbb nama dia ada Chinese word.."Lai", and dia more or like we call hv dicipline problem but i do not know what her dicipline prob sbb sy nkn pengawas..tp i know ...dia suka pakai tudung kecik , yg mana sekolah kami mesti labuh...and dia pakai kain meleret sapu lantai..untung m.cik cleaner tau time ni ramai bdk2 sekolah pakai kain meleret...hahaha..sapu lantai koridor percuma....huhu...oppp sori.

Tapi dia memang inspired sebab dia Lawyer sekarang...mmg xcaya kan...

And cerita dia mengingatkan aku pd hidup aku..
Aku pun hidup susah, tapi bukan xada duit tapi ayah aku kedekut..sangat okey....
Even dengan mak pun kedekut..sehari tinggal duit RM10 jer wat beli ikan, utk makan 1 hari..tp dia blh beli rokok berkotak2..camnor tu...and saya rasa sampai skrg ramai lg lelaki dengan habitat ni.

Ok, xnak cite bab ayah ni...nak cita bab mak jer..yang kenal saya tu tau lah kenapa kan..

Sejak sekolah, kami memang xdiberi kemewahan.duit saku cukup2 makan je.
Dari kami susah, aku hidup memang berdikari, tak harap apa2 apatah lagi kemewahan..sejak belajar, aku tahu aku mesti buat sesuatu..aku apply JPA, dapat..alhamdullilah...aku xnak PTPTN sbb takut beban penjamin aku...pastu aku kerja bila tak ada kelas..kerja cuci pinggan tau kat putrajaya..dan cebok nasi dan lauk untuk org yang datang makan kat kedai tu...sehari dapat rm20..tapi ok la..transport free..blh la belanja 3 hari..

And terus berusaha, and sekarang Alhamdullilah, rezeki anak2..aku agak stabil..

Percayalah, kalau kita berusaha..walau kita miskin pada awalnya, kita tetap mampu ubah hidup kita..kita yang tentukan..bukan Ayah, bukan Mak...bukan dia..tapi Allah yang bantu hambanya yang berusaha.


27weeks twin pregnancy

Iklas
Suez 23 april 2016


Thursday, April 14, 2016

Twin pregnancy...how i feel

Salam diary

Lama x conteng sini..dek kesibukan duniawi yg xpernah hbs.
Maafkan aku

Skrg dh 26minggu pregnant...lagi sikit nk hbskan tempoh.
Semakin dekat semakin byk kita kena jaga...high risk katakan...

Tapi kt sini, aku nk luahkan hati.
Akhir2 ni selalu mimpi aku akan mati bila melahirkan sikembar..

Aku pasrah kerana kematian itu xkira ajal dan cara...

Namun aku harap suami dan keluarga ku TOLONG jagakan anak2 ku dan sokong suamiku dlm membesarkan mereka. Aku harap mereka jua xlupakan aku..

Ya Allah..sihatkan suami dan anak2 ku..sesungguhnya merekalah harta ku yg tak ternilai

Buat Kakak Eryna, mummy sayang sangat kakak..kakak tanda cinta mummy pada walid..kakak yang memberi mummy sinar dan rezeki dalam kehidupan kita sekarang...Kakak la harapan mummy untuk jaga walid dan adik2..yang penting kakak mesti kuat..mummy tahu kakak kuat.

Buat adik zara...mummy sayang  kamu..kamu manja sangat..hihi..tapi mumy tahu kamu mahukan perhatian lebih dari mummy..dan mummy bg itu..adik hormat la kakak, dia sayang sangat adik..dia banyak mengalah demi adik..adik, jadilah insan dan anak yang baik untuk walid, dan adik yg baik untuk kakak.

Buat twin..kamu insan yg sangat mummy nantikan..tiap hari mummy doa mummy dpt twin dan Allah makbulkan, dan walid pun cakap mummy bertuah dpt twin..andai kata kita tak sempat bertemu, jangan lupakan mummy ya sayang2...hormatlah walid dan kakak2 mu sayang.kamu anugerah yg mummy nantikan.

Buat suamiku..abang, hney sayang sgt abang , abang suami dan walid yang terbaik buat anak2. Kita tetap BFF walau kita xbersama.

Semoga jodoh kita sekeluarga panjang.
Dan dengan Izinnya mummy masih panjang imut..mummy akan beri yg terbaik menjaga anugerah Allah ni.

Andai mummy pergi..jagalah dirimu baik2 anakku..taat pada Allah,agama dan ayahmu sayang...

Luv,
Mummy

Tak tahan dah air mata ni waktu menulis.
13 april 2016

Sunday, December 13, 2015

Apa itu penyata Untung Rugi

Salam semua..

Hari ahad yang asyik hujan ni..suez nak bgtau apa itu akaun Untung Rugi..

Rasanya semua orang tahu..apa itu Untung..apa itu Rugi kan?

So, macam mana Untung Rugi Ditentukan..

Pendek citer..Jika Kos Jualan lagi besar dari Kos Pembelian/Bahan...Untung lah kita kan..

Jika sebaliknya...Kos bahan lagi tinggi dari Kos jualan..Rugilah kita..

Apa tu Kos Jualan...ia adalah HASIL / Harga JUALAN / pendek kata..Kita jual berapa kepada ustomer.


Kos Bahan...adalah kos yang terlibat dalam menghasilkan barang untuk dijual...

Contoh..Kita Jual Ayam Goreng...

Harga Jual RM 7 seketol...(Maklumlah harga semua mahalkan sekarang)..

So apa kos yang terlibat.

Tepung , minyak masak, gas memasak...tenaga buruh, Ayam , perencah xxxx (bahan rahsia).

So campur2..kos nak buat semua ni Rm20 untuk seekor ayam..

Jadi apa untung kita?

.
.
.
.
pikirkan..

.
.
.

So pengiraan dia macam ni..

Katakan Seekor ayam dipotong 8.

Jadi kita mampu jual 8 x rm7 = Rm56 untuk seekor

Kita dapat la untung = rm56 -  Rm 20 = RM 36 untuk seekor ayam.

Katakan ada pembaziran..seketul tak laku.... jadi =  7 x Rm7 = Rm49 hasil jualan kita.

Untung kita adalah , Rm29.

So yang tak terjual kira rugi..tapi jangan anggap rugi...p la sedekah, dpt untung pahala..yer tak?

sampai sini dulu...jumpa lagi....

Friday, December 11, 2015

Apa terma bayaran SUEZ ya untuk account?

Ok lah semua, actually ada berita happy nak syer tentang pregnancy kali ni..tapi keep secret first.

Ramai yang hantar email nak tahu term dan cara SUEZ buat account pelanggan..

Berikut cara SUEZ kerja tau :






Pelanggan akan mengantar dokumen ke alamat yang diberi.
Kerja kerja perakauanan akan dilakukan dan penyata "softcopy" akan dihantar selepas 15hari.
Q&A untuk segala kemuskilan - 5 hari.
Document and  " harcopy akaun akan dihantar kepada pelanggan selepas 3hari.

Terma dan syarat:
*Caj Penghantaran akan dikenakan sebanyak RM10
* sesi Q&A melalui Skype dan email/whatapps , hanya waktu malam
* Borang petty cash dan transaksi check akan diberi secara-Softcopy
*Borang Official receipt dan Payment voucher akan diberi secara- Softcopy.

Pelanggan yang berminat, boleh menghantar email ke: sueria_ni@yahoo.com


So, korang nak cepat2...

SEMENTARA tengah OFFERRRRR!!!!!!

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...