Salam diary
Lama x conteng sini..dek kesibukan duniawi yg xpernah hbs.
Maafkan aku
Skrg dh 26minggu pregnant...lagi sikit nk hbskan tempoh.
Semakin dekat semakin byk kita kena jaga...high risk katakan...
Tapi kt sini, aku nk luahkan hati.
Akhir2 ni selalu mimpi aku akan mati bila melahirkan sikembar..
Aku pasrah kerana kematian itu xkira ajal dan cara...
Namun aku harap suami dan keluarga ku TOLONG jagakan anak2 ku dan sokong suamiku dlm membesarkan mereka. Aku harap mereka jua xlupakan aku..
Ya Allah..sihatkan suami dan anak2 ku..sesungguhnya merekalah harta ku yg tak ternilai
Buat Kakak Eryna, mummy sayang sangat kakak..kakak tanda cinta mummy pada walid..kakak yang memberi mummy sinar dan rezeki dalam kehidupan kita sekarang...Kakak la harapan mummy untuk jaga walid dan adik2..yang penting kakak mesti kuat..mummy tahu kakak kuat.
Buat adik zara...mummy sayang kamu..kamu manja sangat..hihi..tapi mumy tahu kamu mahukan perhatian lebih dari mummy..dan mummy bg itu..adik hormat la kakak, dia sayang sangat adik..dia banyak mengalah demi adik..adik, jadilah insan dan anak yang baik untuk walid, dan adik yg baik untuk kakak.
Buat twin..kamu insan yg sangat mummy nantikan..tiap hari mummy doa mummy dpt twin dan Allah makbulkan, dan walid pun cakap mummy bertuah dpt twin..andai kata kita tak sempat bertemu, jangan lupakan mummy ya sayang2...hormatlah walid dan kakak2 mu sayang.kamu anugerah yg mummy nantikan.
Buat suamiku..abang, hney sayang sgt abang , abang suami dan walid yang terbaik buat anak2. Kita tetap BFF walau kita xbersama.
Semoga jodoh kita sekeluarga panjang.
Dan dengan Izinnya mummy masih panjang imut..mummy akan beri yg terbaik menjaga anugerah Allah ni.
Andai mummy pergi..jagalah dirimu baik2 anakku..taat pada Allah,agama dan ayahmu sayang...
Luv,
Mummy
Tak tahan dah air mata ni waktu menulis.
13 april 2016
2 comments:
alamak sedih pulak baca. sob sob
mimpi tuh mainan tidur, banyakkan zikir yer
Ya btl tu..tp klu time pegnant ni..feel max plak
Post a Comment