Showing posts with label pendapat saya. Show all posts
Showing posts with label pendapat saya. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Apabila pasaran US(New York) jatuh, apa jadi pada ekonomi dunia?

Semalam ,kalau korang perasan , kecoh Wall Street New York sebab kejatuhan yang paling teruk dalam sejarah bila industri Dow Jones menjunam jatuh 634.76 point.

Sekarang semua investor dah takut melihat perkembangan ekonomi US yang perlahan, peningkatan masalah hutang dan pelbagai factor lain.

jadi , apa kejadah saya wat entry ini? Ini bermakna kemungkinan untuk harga minyak mentah, gas asli dan bahan komoditi lain ada change lah nak turun harga..harap2 goment kita wat turun lah harga minyak yer...takkan naik pandai, turun tak pandai yer idak? duit gaji bukan selalu naik selari dengan kenaikan harga minyak and barangan asas..lagipun, harga minyak sekarang dah jatuh, kejatuhan yang paling rendah di dunia..

harga minyak dh jatuh 6% sejak semalam, sekarang dah jadi $81.31 setong, tak silap masa bulan mei, harga setong $100, lepas tu naik turun naik turun...ha sekarang dah $81.31 (243rm lebih kurang)...jadi apa lagi yang ditinggu oleh goment yang saya hormati...

pikir2 kan lah...

notakaki: jgn ekonomi meleset majikan wat pembuangan pekerja sebagai alasan plak..

Wednesday, August 3, 2011

Friday, July 8, 2011

Kapal Selam di Sungai Gombak?????


Wah..memang topik hangat r sekarang...al maklum lah ....takkan tak faham2 jugak...alah...ni pasal persatuan Cleaner lah...kihkihkih...banyak yang terjadi kat Malaysia ni angkara Clean and Clear punya agenda....kenapa lah takut bebenor Kerajaan ni kat mereka...

Pada pandangan peribadi saya, baik tolong Berkerja Sama...apa yang penting kerjasama...wonder pet..wonder pet...horayyyyy...

Kan bgs bekerjasama, dia nk buat kat stadium, so polis tolong jaga lalu lintas,,,,dari kome duk tutup, buat roadblock sana sini...apa ke jadahnya....klu ada pesta macam tarian, citrawarna, sambutan or le tour, tahu pulak tutup jalan.., jaga lalu lintas...kenapa?...sebab sebab sebab..lu pikir sendiri....

Pastu, yang nk wat perhimpunan tu pulak..aiya...wat rilex dah lah...ni lagi polis ketatkan kawalan, lagi byk cerita...adushhhhhh..tu yg duk dlm penjara kena tangkap, sapa nk tolong lepaskan?...kesian anak bini or laki pada yang kena tangkap tu...

Pastu yang duk jumpa mercun, parang dan bagai...aiyaa....logikkah perombak meninggalkan kesan di bank sebelum merompak..? agak2 lah nk reka cerita pun.....aduyai...jap g jumpa kapal selam pulak dalam sungai tepi sogo tu hah...

ni pandangan saja..tak sokong sesiapa...tak kata kat sesiapa....

Tuesday, June 21, 2011

Curang!!!!

Curang.... kenapa perkataan ni wujud kat dunia?
kenapa perbuatan ini wujud kat dunia?

Ada macam-macam jenis CURANG dalam kehidupan..

Pertama : CURANG pada Agama
kenapa? iman tak kuat..mudah terpengaruh dan dijangkiti penyakit sosial yang semakin menjadi2 sekarang ni..korang boleh tengok lah cara hidup zaman sekarang..sesungguhnya , aku takut aku tak dapat mengawal anak2 ku..Ya Allah ...kamu berilah aku kekuatan untuk mendidik anak2 ku menjadi umat yang beriman, berilmu dan bertakwa pada mu dan agamamu.. amin.... sekarang banyak kes, di luar pakai tudung tapi di dalam pakai salib.. Astagfirullahalazim..

Kedua : CURANG pada Ibu Bapa
Macamana? Dia membelakang kan ibu bapa dalam segala aspek.. membohongi ibu bapa..contoh, kata pergi studi tapi pergi melepak..ibu bapa cakap dia angguk kepala, tapi di belakang cakap kawan2 atau teman2 yang dijadikan pedoman..

Ketiga : CURANG pada pasangan
ada dua ketegori,

a) isteri CURANG pada suami
kenapa berlaku : suami tidak tegas,,suami abaikan tanggungjawab, suami dayus dan suami terlalu sibuk mengejar duniawi... hingga lupakan isteri dan anak2 dirumah..konon nya ada perlawanan bola..dan isteri, bila mencapai tahap kebosanan dan bertemu lelaki lain, dia akan lupa dia adalah seorang isteri.. Isteri pula terlalu sibuk mengejar belaian manja hingga sanggup curang.. kononnya, si dia memenuhi kekosongan hati dan romantik..namum dia tak sedar, dulu suami lah dipuja...

b) suami CURANG pada isteri
kenapa berlaku : bosan dengan isteri..isteri tak seksi seperti wanita yang disayangi..bentuk tubuh isteri sudah berubah sejak melahirkan anak... si dia lebih memahami dan lebih pandai bermanja..al maklum lah, isteri terpaksa membahagi kan masa serta kasih sayang dengan anak dan suami.. dulu, isterilah segalanya namun kini, isteri di tempat paling bawah.. suami merasakan satu keseronokan bila dapat berbual dan bercinta dengan si dia..

Jadi, apa yang perlu kita lakukan, kembalilah pada yang SATU.. kuatkan iman dan tambahkan ilmu..

Sekarang aku tengok terlalu banyak kes curang, contoh si isteri mengatakan dia pergi kerja, tapi sebenarnya dia cuti...bila suami telifon tak angkat, hingga memaksa si suami buat inspection di office isteri..dan terjawab,.. isteri dia tak datang kerja..jadi kemana si isteri pergi? dan yang pasti..ia menggambarkan imej negatif dikalangan rakan sekerja... sama juga si suami, berchating mengatakan hanya kawan, tapi ada unsur berbaur sayang,,,namun penjelasan cuma satu..hanya kawan..

And for couple, ia tak layak dipanggil curang sebab selagi kamu belum menjadi pasangan yang sah.. setiap lelaki atau perempuan masih boleh memilih...yang terbaik....
note : semua tulisan ni hanya pandangan aku, if u'll ada opinion lain..boleh bagi cadangan k..

Wednesday, June 8, 2011

Kenapa perempuan sengugut?

Tahu apa tu sengugut? sengugut tu adalah kesakitan yang kita (refer wanita ok) alami semasa datang bulan a.k.a PE'OD.. kadangkala ada yang tahap sakit sampai tak boleh tahan dan adakalanya biasa2 sahaja... Sengugut ni kadangkala boleh menganggu aktiviti harian.. Ia disebabkan hormon prostglandin, iaitu ia dikeluarkan (bahasa sains..dirembeskan hihihi) secara berlebihan..

Perlu diingat, sengugut ni kadangkala menyebabkan seseorang sukar mengandung..betul tak tipu..

Dulu saya ada SENGUGUT..so dekat2 nak kahwin..saya makan satu serbuk jamu..nak tahu apa.. Buah tunjuk langit..
Buah Tunjuk Langit ni sangat bagus...sesiapa belum kenal  cam gini buahnya (gambar di bawah).. dan banyak kat Sarawak tak silap..

 tapi aku tak der r makan sebiji macam ni..aku makan serbuk yang dah dikeringkan dan dikisar..sekarang banyak dah dijadikan dalam bentuk capsul...

Kenapa aku guna serbuk tunjuk langit? sebab ia tak der rasa...senang nak minum..tak pahit...senang nak sediakan...cuma bancuh serbuk dalam air suam dan minum....senangkan...ini cara saya hilangkan sengugut dan Alhamdulillah..sengugut dah tak der sampai sekarang dan berjaya dah keluarkan seorang baby (Eryna lah tu )...jadi sesiapa nak try cara saya..belilah serbuk atau kapsul buah tunjuk langit..

P/s : Buah tunjuk langit ni banyak lagi faedahnya..Kuat Tenaga Batin Lelaki pun boleh..aipp jangan pikir bukan2 k..suami saya memang bertanaga ok..hahaha

Tuesday, June 7, 2011

My simple life as Mummy

Life as mummy..so simple...but a bit complicated..hahaha..not so simple leh...complicated jugak..cabaran dalam menjaga anak yang semakin membesar..yang perlukan perhatian lebih..manja...dan yang paling menyedihkan..masa dia terluang bersama pengasuh lagi banyak dari aku...uwaa....tak suka....

perkara baru yang dia buat mesti pengasuh dia tahu dulu..hancur hati ku...(ayat sedih sikit)....


Kan best kalau office ni aku leh bawak eryna hari2..leh aku tengok apa yang dia buat..tak pun, aku kerja dari rumah..atau aku duduk ajer rumah..housewife...nak cr duit lebih,,aku wat tuisyen ker..hihihi..best gak kan idea aku...tapi boleh kah? Mesti Boleh punya...semua mampu berubah dan boleh bila mula berusaha....buka hanya sebut berusaha....

**
*
*
*
*
*disaat waktu terhenti..Kosong..*
kome sambung r sendiri

Apa anak belajar kat rumah Pengasuh?!!!

Salam dan selamat pagi Ibu ibu semua.....Semoga hari ini menjadi hari yang indah buat kita...
hari ni nak cakap hal anak...apa yang anak kita belajar kat rumah pengasuh atau nursery tanpa pengawasan kita (opsss..ni untuk ibu bekerja dulu ok,,,,nanti kita wat topik lain plak untuk ibu suri rumah...)

Sepanjang pemerhatian saya lah..banyak yang anak kecil akan terbawak apa yang dilakukan dirumah pengasuh..ni saya perasan dari perangai cik Eryna.. (ni ulasan untuk pengasuh ke dua eryna...yang pertama saya bg tau lain episod..)

Pertama --- > ...nak buat bisnes..dia akan duduk...lps selesai baru bangun. Lepas tu cepat2 ajak p bilik air suruh basuh..tahu buka pampers sendiri..
Kedua ----> pandai mengadu kalau ada apa2...even guna bahasa isyarat..al maklum lah..nk cakap tak pandai..
Ketiga ---> pandai memberontak kalau apa yang nak tak dapat..
Keempat ---> suka pukul or cubit mummy dan walid...kalau tak puas hati..,
Kelima ---> akan menyalahkan sesuatu kalau terkena dan menyebabkan dia sakit..contoh lari dan terlanggar kerusi, so dia akan pukul kerusi tu..sama juga lantai, jatuh atas lantai, dia akan pukul lantai..
keenam ---> Akan menuntut bela..contoh, kalau walid usik or olok2 pukul mummy, dia akan pukul walid dia,,sama sebaliknya..
Ketujuh --> jeles/ dengki..ni memang..kalau mummy or walid nak bermanja..dia akan duduk di tengah2..kalau mummy dukung baby lain, dia pun nak dukung sekali..
kelapan --> pandai mengusik..suka buat muka hantu dan usik..haaaaaaaaaaa  haaa......
kesembilan --> suka bergaul tetapi tak nak share...
Kesepuluh ----> nak bergaya dan nak keluar berjalan...nk make up..lipstik and bawa handbag (bg perempuan)..

Ok..ini entry today..nanti kita story morry lagi....

Luv,
Suez

Wednesday, May 11, 2011

Carutan untuk Minah bertudung..kini ada FB page..Glamor dia

Ha..ni yang aku tak setuju..dah terang2 dia memperlekeh kah orang..kenapa kome2 nak create page pulak..itu tambah lagi dosa tu..sesama Islam tak payah gaduh2..kita pun belum tentu tahu dia tu ISLAM atau tak..sekarang ramai saja Bukan Islam yang pakai tudung dan yang Islam tak pakai tudung... Pendek kata, tudung itu fesyen...kenapa aku cakap gitu? sebab ada artis yang sanggup jadi duta padahal realitynya dia tak pakai tudung pun.. So, kenapa orang tak kutuk artis tu kaw2? sama ajer kan..mereka pun sama cam kita Islam yang beza cara kerja mereka artis.. Income datang dari kerja artis dan jadi Duta..so bukan sorang artis yang dah jadi Duta tudung, berlambak dah..tapi aku bukan nak cerita pasal Artis..aku nak cerita pasal Blog yang kutuk Minah Bertudung..aku nak letak link pun malas ..kenapa? buat apa aku nak bagi traffic dia up sedangkan dia kata dia sah2 masuk Neraka... jadi tak payah lah nak sokong business dia..yer idak?

Kenapa aku cakap yang tak Islam pun pakai tudung? tak caya ko tengok rahib? depa pakai tudung.. tak gitu? sedangkan mereka Kristian.. Yang membezakan Islam dan agama lain adalah amalan dan takwanya.. maaf lah, aku pun bukan lah ahli sufi atau wali atau sesiapa aku cuma manusia biasa..yang berusaha mencari keredhaan nya , dan sebagai manusia kita tak pernah lari dari kesilapan dan segera lah bertaubat ... berzikir..dan sebagainya..

Yang aku tak setuju, kenapa lah kome rajin pergi create page khas untuk dia..tak der faedah nya... tambah dosa adalah... maaflah kalau ada yang tak setuju dengan aku..apa aku cakap ni yang jujur sahaja..sebab sekarang pelbagai cara "manusia bertopeng Islam" ini nak merosakkan akidah dan kesepakatan Islam itu sendiri...

Rasulullah SAW bersabda: “Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir”.
Kemudian aku (Muaz) bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?”
Baginda menjawab: “Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah”. (Riwayat Ahmad dan Hakim)

                         

Friday, March 11, 2011

Hari Jumaat...

Cepat masa berlalu ...dah habis seminggu..aku pun tak brapa nak pasti, aper aktiviti aku minggu ni..kena wat diary hard copy lah, diary soft copy, bila rajin ajer update ni...bercakap pasal diary, bila aku last ader diary ek..ooo masa blaja kat upm kot nyer..tu pun tak hbs setahun, awal2 tahun jer rajin menulis..pastu sibuk bercintan cintun..mmmmm....yang aku ingat, masa tingkatan 4 kot aku berjaya tulis untuk setahun..mmm yer lah..tapi ke mana dah diari tu,..entah lah..sejak dah duduk tempat lain ni, semua kenanga masa kecik dah hilang..


hari Jumaat, banyak pahala ni..klu kerja kerajaan , dah boleh wat macam2 time rehat yang panjang, tu aku nasihat kat laki aku g tadarus tu..mana tidak, rehat 12.15 sampai 2.45pm, 30 juzuk boleh habis tu..kerja swasta ni, satu jam ajer masa nya tiap2 hari..ewahhh..tetiba aku jeles ngn kerja kerajaan ni naper...mmm bialah..

tadi, masa tengok2 fB aka pesbuk..ader lah page perkahwinan tu update pasal surah an nisaa..rupa2 nya banyak kelebihan menjadi seorg wanita ni...senang masuk syurga bak kata en asraf..suami tak boleh pukul isteri sesuka hati, suami patut pukul isteri bila ader sesuatu keadaan yang harus di pukul..macam2 lagi lah..aku nak baca balik lah terjemahan surah tu..selama ni baca ajer Quran, makna tau nyer tidak..

dan yang pasti, sebagai manusia, aku bangga di lahirkan sebagai wanita.

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...