Monday, October 15, 2012

Aku Khalifah di Bumi Allah............


Dah lama aku tak menjenguk diary ku ni...sangat busy sekarang sebaga seorang Isteri kepada Suami, Mummy kepada Anak-anak , Pekerja kepada sebuah syarikat dan Anak kepada seorang Ibu. Semua perlukan komitmen dari aku yang kadang2 tewas dan putus asa...

Segala kemanisan , rasa cinta , kasih sayang ,,  dugaan , cabaran , perlu aku tempuhi selagi aku bergelar khalifah di bumi Allah ini...dan semua manis dan pahit tentang kehidupan inilah yang mengajar kita erti mensyukuri dengan nikmat Allah dan menerima Qada' dan Qadar Allah dengan hati yang tulus...


 Jadi....tak mau banyak soal kenapa aku macam ni dan macam tu..aku mahu amalkan doa ni..

***Doa mensyukuri Nikmat Allah***Surah Al 'Ahqaf ayat 15

Maksudnya : 15) "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

dan untuk tenangkan hati kita dari tak tenang...kawan sekolah aku - Sofiyyah nasihatkan amalkan zikir yang biasa atau Surah Toha...lagi bagus satu surah baca atau ayat 1-5. Ayat ni pun boleh baca untuk lembutkan hati Anak2 yang tak nak Solat atau diri kita yang tak nak Solat...yer lah, kita manusia...rasa Malas tu sentiasa ada...


Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

dan of course untuk eratkan kasih sayang suami isteri....amalkan jugak ayat ini...





 


Maksudnya:

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).


Sejak akhir2 ni...badan letih dan stress...bila stress , syaitan selalu duga kita...

Semoga aku tabah membesarkan anak aku , Eryna yang ada Exzema dan Zara, still small but I believe she have a big heart and Strong....I'm proud be Mummy for this 2 Angel from Allah....Amin..

No comments:

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...