.

Korang Klik..saya akan Klik balik..just inform me K

Thursday, March 31, 2011

Aku ingin bahagia

Setiap nyawa di muka bumi Allah ini inginkan kebahagiaan..bukan sahaja manusia, malahan hidupan lain seperti haiwan, tumbuhan, dan semua deria ingin kan kebahagiaan..namun adakah "ia" sesuatu yang mampu dimiliki dengan hanya memetik jari atau hanya ungkapan..aku cinta kamu, aku sayang kamu?..ah ia tak semudah itu...kebahagiaan juga suatu permintaan..ya, permintaan yang harus diberi kepada yang meminta dari kamu..meminta kamu memberi hanya secebis rasa bahagia..agar dia boleh meneruskan hari2 nya dengan senyuman..namun..ia tak semudah itu untuk memberi dan ia tak semudah itu untuk mendapatnya..

Ya, kita selalu menyebut..Aku ingin Bahagia..Bahagia dengan keluarga, rakan- rakan, adik2, anak, saudara, persekitaran..namun adakah kamu sanggup berkorban untuk mendapatkan kebahagiaan itu?Ia umpama nampak dimata namun jauh untuk dicapai...di pandang tak nampak, nak dipegang tak dapat..ah sukarkan untuk mendapat dan memberi kebahagiaan..namun, cuba bayangkan dengan menutup mata mu yang cantik itu, ia terasa dekat sekali..nyaman dan ia seolah dekat dihati dan boleh dipegang...itu disaat kamu mendapatkan apa yang kamu mahu..tapi kalau sebaliknya, adakah memejam mata dan membayangkan semua yang indah..kebahagiaan akan hadir..oh tidak semudah itu..

Setiap insan berusaha mencari erti kebahagiaan , tak kira dimana kita pergi, dimana kita berada..di mana-mana sahaja di dalam dunia ini, di daratan, lautan mungkin dan mungkin bermimpi sampai ke planet bulan..atau dimana saja...Semuanya berusaha memcari kebahagiaan itu tanpa rasa jemu dan tidak pernah berhenti. Tetapi yang pasti manusia masih sengsara, masih jauh dengan kebahagian, masih tertanya-tanya di manakah kebahagiaan itu berada...

                                         
Salah satu tempat yang dicari kebahagiaan oleh manusia adalah di dalam alam rumahtangga. Tetapi ternyata masih banyak lagi rumahtangga yang diidam-idamkan sebagai syurga hidup yang di dalamnya terdapat segala nikmat yang menanti manusia, tiba-tiba bertukar menjadi neraka dunia yang menyiksakan. Akhirnya rumahtangga itu musnah dan banyak yang terpaksa berkorban dan terkorban. Namun demikian, manusia masih percaya bahawa kebahagiaan itu tetap berada di dalam sebuah rumahtangga. Padanya terbina sebuah keluarga yang mampu memberi kebahagiaan kepada manusia, kerana ikatan perkahwinan itu adalah sesuatu yang suci dan diharuskan oleh Allah swt yang sukar ditafsirkan oleh kita manusia.

Namun tidak semua manusia bahagia, dan tidak semua keluarga beroleh kejayaan.Dalam masa keinginan yang melimpah mengharapkan bahagia, dengan segala persediaan dan persiapan menanti dan menyambut bahagia, tiba-tiba sengsara jua yang menjelang tiba, hiba derita tidak tertanggung, bermandikan airmata sepanjang masa.


            

Al Quran menyatakan : "Maha suci Allah yang di tanganNya milik tiap-tiap sesuatu dan kepadanya kamu semua di kembalikan"

Untuk mencari kebahagiaan..cari ALLAH ..bukan pada yang tak wujud dan belum  pasti kewujudannya..


Peringatan untuk aku dan semua..


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Mengalir air mataku

Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....


Tabah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Luv,
Suriani

Wednesday, March 30, 2011

Peserta Akademi Fantasia 9

                    

Wah..tak sabar nak tunggu ni..maklumlah yang terakhir..harap semua peserta tunjukkan bakat yang terbaik bukan cuma pandai mencapab dan pandai buat drama ajer...dan ni senarai peserta..undi jangan tak undi..seingat aku, aku cuma undi Stacy ajer sebab bakat dia memang ader...memang layak untuk diundi..hahaha..

1.Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, Selangor


2.Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 19 Sarawak

3.Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24, Selangor

4.Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 20, Kuala Lumpur

5.Nur Khaidir Muhd (Kay), 22, Kuala Lumpur

6.Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 21, Melaka

7.Nur Suhada Jebat (Aida), 19, Melaka

8.Nur Atiqah Shariffudin (Eka), 22, Kuala Lumpur

9.Zulaika Zahari (Laika), 22, Selangor

10.Lenaber Haidir (Lena), 21, Sabah

11.Roshammizah Rosli (Miza), 28, Selangor

12.Queennera Francine Francis (Nera), 19, Sabah

Ni pulak senarai Cikgu..semua cikgu nampak ok cuma aku kureng setuju ngn cikgu tari..Linda Jasmin is Better..tapi pilihan bukan di tangan kita kan..lagi pun ape nak kisah..bukan untuk di undi..OK..

1.Adlin Aman Ramli – guru seni persembahan


2.Ning Baizura – guru vokal persembahan

3.Fatimah Abu Bakar – kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris

4.Syafizawati Sharif (Cikgu Syafi) – guru vokal teknikal

5.A. Aris A. Kadir – guru tarian

Apa2 pun..Wish all the Best..jom pakat2 layan 2 April ni di Astro Ria bersama Pak NIL....

Tuesday, March 29, 2011

Dunia...Mungkin Kiamat Dah Dekat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi

Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.


Antara Tanda Tanda Kecil
- Penaklukan Baitulmuqaddis -"Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari"

 - Bermaharajalela alat muzik

-Menghias masjid dan membanggakannya

-Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

-Akan terdapat ramai anak luar nikah.

-Banyaknya berlaku gempa bumi




dan banyak lagi...masyaAllah..yang Allah ampunkan dosaku..

note: Kenapa aku terlintas untuk menulis ini, sebab masa rehat aku terpandang lelaki yang memakai legging seksi dan jarang..nak kata bapuk, gaya maskulin..Astagfirullah...Ya Allah, Ampunkan dosa ku..Ya Allah  aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku...Amin..

Opps..when Terlalu Open

Pagi tadi aku ada nampak satu girl ni..cantik..memang selalu lah nampak dia sementara tunggu laki aku pergi punch kad sebab budak tu pun kerja dalam bangunan yang sama..hari tu aku nampak dia turun dari kereta putih tak tau lah kete aper..ngn lelaki..hari ni turun dari wolkvagen merah..(erkk betul ker aku eja volkwagen tu)..aku cakap kaya nya laki ni..then tetiba aku tengok dia angkat beg baju and barang2 like kasut and beg solek ke kereta waja kat belakang...kete tu ader perempuan separuh abad umur..mak dia ker..
tup2 laki tari turun untuk tolong hantar barang ke kereta waja..alamak pakai boxer ajer..ish..then aku pikir..mak dia ker? tak marah ker anak pepagi naik kereta lelaki then lelaki tu pakai boxer lagi..ish...dunia..mak boleh tak marah..kalau kakak tak tau lah kan..bukan nak menyibuk..tapi tu lah, sebagai islam..ia tak manis dipandang..sebab girl tu islam..dan perempuan yang amik girls tu pun pakai tudung..mmm aper boleh cakap..

Buat renungan bersama termasuk aku..

Kita sebagai Ibu, boleh untuk open and be friend with daughter but adakan batas nya..not to open when it about adat dan agama..kita kena tegas..takkan boyfrend anak datang umah cakap anak amik anak tengok wayang kita cakap amik lah..siap panggil lagi anak suh kua..(ni pinjam ceramah laki aku pagi tadi)..

Memang sekarang zaman millenium, serba moden dan canggi but..kita kena ingat..sejauh mana pun kita pergi agama tetap utama dan penting..memang tiada paksaan namun kita yang menentukan hala tuju keturunan dan diri kita ..kemana kita akan pergi..
 jadi beingat2 lah kawan..anak kita..maruah kita..

Luv my daughter, and please protect yourself when I closed my eyes..

mummy akan protect kamu dari semua ini semoga kamu jadi anak solehah..amin dan katakan ini..

Friday, March 25, 2011

Seksinyer Dik Oooii....

mieraliyana Miera Liyana Pakai Baju Seksi Sampai Nampak Bra Lutsinar.

Siapa kenal adik ni..ooppssss..adik ker? entah lah..aku suka dia ni sebab comel tapi bila aku terserempak ngn gambar ni kat image google.. yang menyakitkan mata ku ini..terus tak suka..ko bayang kan..macam isteri beckham dah...sapa tu Victoria,...giler punya seksi..siap nampak yang benda alah lutsinar tutup puting tu...agak2 lah wei..kamu tu islam..aduh,..tapi aper pun ..aku nak tegur jugak..kalau cam ni baik tak yah berlakon jadi watak baik..kecian watak yang awak lakonkan..baik amik watak pempuan yang elegent macam maria farida tu ha..dia punya watak sesuai ngn dia..metropolitan...

Kalau nak tau...pelakon ni nama Miera Liyana..alah yang berlakon Kamelia Katrina dengan Ilyana tu..

Dengar kabar : bila tanya tak takut kontroversi ker?..dia jawab..nampak sikit ajer..nak nampak kelainan..memang nampak lain lah dik non...

actually banyak lagi gambar artis seksi tapi ni tang pertama aku tengok nampak "tut"...kalau ader bagi tau..nak gak cuci mata tengok saiz nasi lemak...

sexy malaysia celebrity dia ni berlakon citer awan dania, jadi jasmin ker yasmin ntah wataknyer..tak tau r nama aper...tapi yang best laki tu..leh pegang bontot free...jangan tergesel kat depan udah...kan bangun adik aper cer?,,,opps lucah plak hari jumaat ni..mengucap..mengucap...

Thursday, March 24, 2011

Entah Mengapa

Hari ni perasaan mahu jiwang sebab hujan..oh hujan..

Kilauan kaca engkau sembahkan

Pada hatiku engkaulah intan
Sepi menyapa kasih membisu
Kamar hati ku bertemu resah
Kasih mengapa masih merindu
Semalam kita bertemu sudah
Mengungkap madah
Bersulam kata bertahta sumpah
Usah kau ragu
Usah curiga
Cintaku teguh belum pun runtuh
Menjadi rata gunung biarlah
Aku setia

Entah mengapa
Gelora cinta kian membara
Walau hanya seketika
Tak ku sangka sehebat ini merindui
Belaianmu

Kilauan kaca engkau sembahkan
Pada hatiku engkaulah intan
Pentas lautan ku jadi taruhan
Sanggup ku lemas hanya untuk mu
Aku buktikan

Taman hatiku berbunga kasih
Tasik cintamu moga mendalam
Kita bersatu menyemai kasih
Kemarau luka jangan diundang

  Luv, Suriani

Wednesday, March 23, 2011

Ku mahu Dicintai Lagi



Aku mahu dicintai lagi..dan lagi dan lagi..aku berharap cinta itu sentiasa mekar untuk ku..sentiasa harum menyinari hari2 ku..membuat ku tersenyum sepanjang masa..boleh kah kamu melakukan nya..sudikah kamu menjadi cinta ku lagi..

Kenangan lalu sentiasa di dalam ingatan ku..dimana kita bertemu untuk kali pertama di...ah bila difikirkan..ia sungguh lucu..

Aku harap kamu masih ingat tempat dating kita yang pertama..dimana kita jalinkan cinta itu..mengambil gambar..bergelak ketawa..masihkah kau ingat semua itu..

Kita melihat tugu itu, ya..tugu negara..sempena bulan kemerdekaan dan itu lah tempat dating kita yang pertama..

                                

dan kita mengukir nama di sebuah taman..taman komenwel..dan berlaku sesuatu yang aku tak sangka sewaktu kita di situ..aku teringin nak melawat taman itu lagi..melihat pokok yang ader ukiran nama kita..

Macam mana kita bermula? kau hadir di saat aku perlukan teman untuk mengubati hati yang luka..ya..luka oleh seorang lelaki yang menghancurkan cinta ku yang tulus..dia cinta pertama aku tapi kamu cinta aku yang terakhir..kamu yang memberi kan semangat dan kata2 perangsang..di saat aku di ambang kekecewaan yang terlampau..dek penangan masalah keluarga dan ditinggalkan si dia disaat aku perlukan seseorg untuk memberi aku kekuatan..kamu lah insan yang hadir memberi aku nafas baru,..memberi aku cahaya..hingga ke hari ini..dan aku harap..cinta ini terus mekar di hati aku ...

 luv, suriani....








Tuesday, March 22, 2011

Iphone 4 free ni wei..

From today onwards, my life is going to change. I no longer need to depend on SMS, let alone MMS. Why you ask? Because I can now be a proud owner of an iPhone4! Thank you, #DiGiiPhone4



wa la wei..hahaha ayat..wallawei..teringat masa aku g dengar mlm dulu...kaw2 kena basuh dek yg nak promote tu...nasib baik tak join...hah..baik join ni..tak der modal..untung2 dapat Iphone4 free..tul dak..sekarang banyak cara nak dapat benda free asal kita rajin..RAJIN..bukan setakat bercakap ajer..tapi usaha tak dop...ingat, kita kena berusaha untuk buat yang terbaik..kalau bukan untuk kita pun, utk org yang kita sayang lor..betul dop?

tapi kawan aku pernah cakap dulu..kita ibarat lilin, membakar diri untuk terangi orang lain..tapi jangan hangus sudah... kalau jadi lilin..mati lah kita akhirnya...hahahaha..mati itu lagi aman kot..entah lah..mengarut plak aku ni..mentang2 lah ujan..

Monday, March 21, 2011

When We Say Y.E.S





Meniti kehidupan yang serba moden..serba pantas dan serba serbi melonjak..ooooo...memang mencabar kita..so, what suppose we do? how to handle? what we can do? what other option? do we have that option?
the answer is



kita yang harus pilih jalan..we can changer our life, we can control our life..do not let it control u..


how to handle?

a) Express our emotion.
Even It was a distressing moment and seemingly a hopeless situation, but it the best way.

b) Find strenght in God / Allah
Reach out to him in your weakness and He will strengthen you.

c) Talk
Discuss what u fell with someone you trust who will listen withour judgement or pressure u.

d) Listen to your body
Learn to listen to your body signal and find the way to do it.

How to Start?

1) Make success Happen
If you can't change the world, change yourself! Learn how to love yourself as you are, while you work towards your goals.

2) Social
Spend time with family and friends for love and support. Don't be afraid to enjoy yourself! Appreciate friendship.

3) Learn to be happy
One thing all of life's winners have in common is a sense of well-being, a positive attitude and realistic goals. Focus on the good things about yourself, and in your life. Nobody's perfect. Learn to enjoy the "little things" that make you happy. Count your blessings.

Dan yang paling PENTING...


Tuesday, March 15, 2011

Gossip Suri Rumah A.K.A bekas pengasuh aku

Nak cerita lah kan, bab2 pengasuh ni..dulu eryna dijaga oleh jiran sebelah rumah aku, nama kak emi, dia jaga eryna and adam..pastu anak dia 2 org..pas dia nak branak aku hantar lah rumah orang lain..yer lah, dia nak jaga masa dalam pantang, mana aku berani..kan eryna wat anak dia, tak sia2 puteri aku tu kena lempang..budak2, manatau kan..

Semalam aku p lah sembang2 ngn sorang akak ni, dia pun jaga salah sorang dari anak bekas pengasuh aku tu, nama budak tu Adam..dulu adam pun dijaga oleh kak emi..sekarang mak adam pun stay ngn pengasuh baru, dah tak htr kat Kak emi..Akak tu tanya aku, naper dik tak dihantar ke rumah kak emi lagi, aku cakap lah, sekarang eryna pun ok ngn pengasuh baru dia, kak  Azian..tambah plak, kak Azian cara dia lagi lembut even dia nampak brutal..nampak lah caring walaupun jalan macam gengster..

Akak tu cakap, kak emi ngadu kat dia, aku dah tak htr jugak anak kat dia..janji nak htr balik..adam pun sama..tapi akak tak campur, katanya..aku cakap lah..saya tak janji ngn dia kak..saya cuma cakap..tengok dulu macamana..mungkin dia salah faham..bukan aku tak nak htr..dah kalau aku pergi rumah dia..adam nangis dbiarkan, anak2 dia tolak adam tu dibiarkan aja..aku cam terasa lah..tu anak org..ntah2 anak aku pun sama..tu yang aku wat keputusan bia ajer eryna duk ngn pengasuh baru dia, kak azian..lagi safety..tambah plak anak aku ni jenis suka mengadu,..lagi lah manja lebih..

hari tu habis pantang memang dia ader tanya aku, nak htr eryna balik tak, aku cakap lah, tak kot..eryna dah selesa ngn kakak tu..mmm tak per lah, tak der rezeki anak dia yang baru lahir lah tu..dia pun cerita lah..mak adam pun sama, dulu janji nak htr, suh akak beranak cepat2..nak htr adam balik kat sini..sekarang tak pun..akak bukan aper katanya, org dah janji, kak jenis pegang janji, mmm akak, kalau aku jadi mak adam, mmg aku takkan htr..aku tau camner kak emi tu layan adam..nangis dibiarkan ajer..asyik paksa suh tido..pukul dan macam2..kepala selalu bengkak, alasan anak tu terhantuk..kita ni sebagai pengasuh kena lah jaga betul2..tu anak org, org bayar suh jaga..bukan tumpang letak..mmm..pastu duk complaint, mak adam tak pernah tengok dia time pantang..ikut suka org tu lah akak oii..org tu kerja..bz..penat..bukan suri rumah cam akak..
nak kata pun tak reti..sekarang lagi lah..dia langsung tak nak cakap ngn aku..konon marah..ah..lantak lah, ader aku kisah..sebagai mak yah, kita ader ada hak buat pilhan untuk anak kita..

ni luahan hati aku ajer..kalau tak puas hati tu cakap ajer..tak yah nak burukkan org kat org lain..aku rasa akak ni mesti banyak mengumpat hal aku kat kak yg jaga adam tu..lantak lah kak..tu hak saya nak hantar eryna kat sapa..saya ni kak, kalau nak ungkit boleh sangat..anak kaka, datang rumah saya even saya ni letih balik kerja, macam saya pulak jaga anak kak emi time malam,tapi ader saya bising, datang rumah makan semua stok saya, ader saya bising? tapi anak akak bising ader alah cakap saya tak bagi makan..huh..org ni cam tu lah..

aper pun, saya ni org wat baik, saya wat baik..begitu lah sebaliknya..sekian terima kasih..

Sunday, March 13, 2011

Kenduri Ct Zuhairah

Hari ni g kenduri Zu..jauh jugak umah dia..macam jalan nak balik kampung aku dah..masa sampai, aku jumpa mama wafiy, dan si kecik wafiy..si kecik ni comel..semangat badan..suka pegang dia..pastu tak nangis lak tu, ngantuk pun tak meragam..bagus kan..kalau budak cam ni, memang senang lah nak bawak g jalan2...

Zu punya kawin, baju mak ai..merah..tapi serius baju tu cantik..lawa sangat, matching ngan pelamin putih tu..zu pun putih..


INi Zu dan Din
  ni kita orang..geng upm..
tu cik ross intai zu

ni princess eryna...