Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

KHAS untuk ERA.FM - SBB ASYIK SIAR LAGU CINTA MUKA BUKU...

Aishsee ni panggil luahan rasa pendengar...khas untuk radio ERA...

Kepada penyiar atau manager yang arrange lagu tu...

Buakn nak mengutuk atau aper lah, sebab saya ni peminat radio ERA..buka mata pagi dengar suara paknil, Ray dan Haniff..

masuk office buka ERA dengar secara online...

Tapi kalau dari pagi sampai malam duk siar lagu..CINTA MUKA BUKU ajer..meluat pulak telinga ni dengar...

Macam Najwa Latiff sorang ajer artis kat malaysia ni...

 Saya tau lah dia penyanyi Muda dari YOutube tapi dia berbeza dari Granson Chance tu,....jadi tak payah lah nak siar lagu cinta muka buku setiap minit....aduyai....cuba siar lagu lain yang dia cipta...kan ader lagu lain...tak pun pasanglah lagu artis lain jugak......kadang2 segmen yang sama sampai 3-4 kali lagu dia....

Tapi yang saya pelik, tak der pulak lagu dia masuk otak...sebab tak menyentuh jiwa....ni saya lah yer....

kalau korang ader tersentuh kalbu...silakan lah....Apa yangs aya harap, alang3 ERA duk promote lagu dia ajer sekarang...jadi lah JUARA MUZIK2 ker, AIM ker....

Sekian.
Suez

Thursday, October 13, 2011

Betapa susahnya menjadi aku....

Hari Khamis ni layan perasaan plak aku ni..aduyai....

Dah lah selasa malam tu aku nangis tengok si Botak tu berlakon dalam cinta Alysa...Laki aku kata..Ntah aper2 jer aku ni, cam tu pun menangis.....Tapi serius aku jatuh hati sama itu mamat...nasib aku dh kawin, kalau tak mahu aku p ngorat...kuang2...nak ker si botak tu kat aku....


Aku suka sikap Botak dalam citer ni...nak2 bila dia kata..."malas nak pikir"...suka2...

kalaulah aku boleh jawab cam tu selalu....tapi aku tak macam tu..

Aku selalu menjaga hati orang, tapi ader orang jaga hati aku? ambik kesempatan ada lah...

Sebab tu kat aku nyer FB, aku kata...aku hipokrit...memang aku hipokrit...hipokrit demi memuaskan hati orang lain..hati aku? hati aku sapa jaga....

Ada korang tanya, apa aku suka and tak suka....ader?

Tak ader ok....tak per, mungkin ini ujian Allah buat aku tapi aku tahu...setiap apa ada hikmah....

Terima Kasih Ya Allah..

\amin....

Tuesday, October 4, 2011

Penat itu best ker?

Hai...hari ni rasa nak membebel ajer...ramai ingat aku ni kerja best...kerja aku bukan best ok..kerja aku ni boleh diibaratkan macam kuli batak...aku lah manager, aku lah admin, aku lah receptionist, aku lah penjaga office, akulah PA...aku lah consultant..ha..aper lagi,? pendek kata semua aku lah....korang ingat aku kerja best...sedap2 cakap gaji best ok r? korang ingat gaji besar best ker? klu gaji besar tapi tak happy buat aper? buat penat tau....penat? ader faham.....

Korang sedap cakap, aku ader boss yg baik ngan aku tapi tak baik ngan orang luar...aper,? korang ingat boss aku tak pernah marah aku ker? standard ar..klu dah nama staff tu...ader ajer kena marahnyer...aku ni macam aper ajer kerja.....mengiklaskan diri sebab nk bantu suami dan memberi yang terbaik untuk family....aku kerja bukan untuk aku...aku kerja untuk mereka...mereka ok!!! ...so tak der maknanya nak cakap aku kerja goyang kaki....arghhhh....stress aku dengan orang sekitar aku ni.....kalau aku leh tukar jadi ultraman, dan aku cakap...Ultraman..bertukar...firee!!!!!!!!!!!!!!!!!.....

Ahhhh....lega...ok mak nak sambung kerja......


Saper yang terasa tu, harap maklum ajer lah...maaf banyak2 ok...

Wednesday, August 17, 2011

Warkah buat Lelaki

Lelaki..satu perkataan yang mengambarkan kejantanan..tapi jantan kah? dengan timbulnya isu Nyah dan Gay..masih sinonim kah perkataan jantan itu untuk lelaki? Ya, tak semua lelaki itu Gay, tak semua lelaki itu Nyah...tetapi lelaki dianggap jantan sudah tidak sesuai...kenapa?
Dalam arus permodenan, ramai lelaki bergantung kepada wanita untuk sesuatu perkara, kadangkala tanggungjawab yang dipikul wanita lebih berat dari lelaki...dan lelaki, ada mereka sedar semua ini..mereka tak ambil peduli..WHO CARE?
Kini, banyak contoh yang menunjukkan ramai lelaki lari dari landasan sebenar iaitu sebagai ketua, pemimpin, pelindung, dan peneman...
Lelaki sekarang terlalu ego, namun kadangkala terlalu bersahaja...mereka seolah2 berkata " apa nak susah, perempuan pun boleh buat..'., apa susah, kakak boleh bg duit kat mak.." apa susah, isteri aku pun kerja..., apa susah, anak aku boleh hidup walau aku tak bg nafkah kat bekas isteri...ya, semua apa susah...bagi mereka semua senang..mangandungkan anak orang pun senang, merompak pun senang...
Kini, yang paling menyedihkan adalah bila lelaki lari dari tanggungjawab membantu ibi bapa mereka...mereka lupa ibu bapa..mereka asyik dengan keluarga mereka yang baru..bagi mereka, ibu bapa sudah lepas...ibu bapa masih boleh kerja ...ibu bapa masih kuat boleh jaga diri..ah...adik2 aku kan ader jaga...tp terfikirkah kamu betapa susahnya mereka membesarkan kamu, mengharap kamu boleh membantu mereka kerana mereka tahu, anak perempuan menjadi milik suami sepenuhnya apabila kawin, tapi kamu ..sebagai lelaki, kamu milik ibu bapa kamu untuk selamanya...sedar lah itu wahai lelaki...
Tak kurang juga kepada isteri yang diceraikan, kebanyakkan lelaki lepas tangan, tak beri nafkah,,alasan tak boleh jumpa anak, bekas isteri pun kerja...tanggungjawab aku sudah tak ader dalam keluarga itu...sedarkah kamu, anak itu anak kamu, jumpa tak jumpa dia tetap anak...mungkin bekas isteri ada sebab kenapa tak bagi jumpa, mungkin bekas isteri takut kehilangan anak selepas kehilangan suami tercinta..ya, suami tercinta..kalau tak cinta manakan dapat anak...manakan kamu berkahwin...sedarlah...anak itu lah yang akan menuntut keadilan nya kelak, jangan di salahkan anak jika anak tak kenal bapa, jangan disalahkan anak kalau anak tak jumpa bapa, dan jangan salahkan anak kalau anak berkata, papa ku sudah mati...salahkan kamu sendiri kerana kamu, lelaki yang ALPA...

fikir2 kan lah lelaki...

Monday, July 18, 2011

Jiwang Isnin...


Lyric Amanda Imani Selamilah Cinta:




Baby

Cuba kau renungkan mataku ini

Kasih

Kau akan lihat erti cinta dari renunganku

Renungkanlah agar kau mengerti

 
Baby

Dari mula seharusnya mengerti

Diriku

Kau akan lihat betapa hebatnya cintaku

Kerna aku permaisuri cintamu

 
Korus

Cinta bisa berubah segala

Segala-galanya

Cinta juga bisa membawamu

Terbang bersamaku



Cintailah cintaku ini

Dan aku akan cintai cintamu

Kerna tiada yang seindah cinta

Bila terpaku pada cintanya



Cintailah cintaku ini

Dan aku amat mencintai kamu

Percayalah kau akan rasa sesuatu

Bila kau selami cintaku

 

Selamilah selamilah cinta

Friday, July 1, 2011

Setiap kita ada dugaan!!! part 3

Terlalu Banyak Nikmat Yang Sudah Kita Terima..dan kelembutan Allah itu akan berterusan dalam tempoh yang lama, bagai kesayuan pandangan mata...

Dalam haruslah kita tahu bahawa, setiap sesuatu ada pasangan nya..begitulah kesusahan..setiap kesusahan pasti ada kemudahan.. dan air mata itu pasangannya adalah senyuman..dan setiap malam itu, sudah pasti siang menjadi temannya..

khas buat wanita, termasuk aku..sesungguhnya kita ni banyak sangat peluang nak dapat pahala..cuma bagaimana dan dimana mahu mendapatkan pahala itu.. dan alangkah bahagianya menjadi wanita, sebab kita mampu menjadi IBU..Ibu yang penuh kelembutan, kasih sayang dan rasa cinta..

Percayalah kawan2 ku, setiap kesempitan akan muncul kelapangan selepas itu...

Keep smile, suez...

Thursday, June 30, 2011

Setiap kita ada Dugaan!!! Part 2

Dugaan itu satu Anugerah..jangan lah dianggap ia satu musibah... Tanpa dugaan, kita tidak akan maju dan berpengetahuan..kita akan ketinggalan..ini kerana, dugaan itu akan mematangkan pemikiran manusia...
Dengan dugaan juga, kita akan lebih menjadi dewasa...

Untuk menjadi orang berjaya, hadapilah setiap cabaran dan kemenangan dengan hati terbuka...
Berpikiran secara Rasional... dan percaya lah..setiap dugaan itu ada keistimewaan nya...

Dan aku , sebagai sorang insan yang selalu diduga, aku kadangkala tewas dengan pemikiran yang dicipta oleh Iblis yang dilaknat..sehingga menjadikan kita Alpa padanya...Ya, aku akui..kadangkala aku alpa dan melupakannya kerana hasutan Iblis itu lagi kuat..dan sesungguhnya dikala aku tewas, Sang Iblis itu  bertepuk tangan, bersorak gembira dissat aku melupakan pada yang Esa..

Aku bermohon pada mu Ya Allah, ampunkan lah dosa aku, ibu bapaku, suami ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat..sesungguhnya, manusia ni adalah selemah2 makhluk yang senang dibonekakan oleh perasaan ada Iblis...

Wednesday, June 29, 2011

Setiap kita ada Dugaan!!!

Setiap dari kita ada dugaan masing2...ia terpulang pada diri dan minda untuk mengatasinya...
Kadangkala kita merasakan kita lah makhluk yang paling malang, selalu ditimpa musibah..selalu di uji sehingga kita lupa pada yang berkuasa..Allah ... Sang pencipta kita..tapi itulah hakikatnya..sebagai manusia yang kita selalu alpa...

Dan ia satu lumrah..hidup manusia, di kala senang..dia lupa pada Sang pencipta.. Dikala susah..Sang Pencipta dipohon bantuan...namun, sang Pencipta itu Maha Mendengar dan Pengampun.. cuma manusia tak pernah bersyukur dan berterima kasih padanya...

Kadangkala, kita merasakan , kita manusia paling tidak terdaya.. selalu dianaiya..tapi tahukah kita..Itu adalah Ujian untuk kita..dan di setiap ujian ada hikmahnya, cuma kita tak menyedarinya...

Dari Dia kita datang,..dan kepadanya kita akan kembali...

Amin...

Thursday, June 9, 2011

Roti Gardenia 60sen jadik 70sen!!!!!



Kenal roti Ini? Sekarang harga dia dah naik..aku baru tahu..tu pun sebab anak aku nak makan roti....

Dulu zaman aku sekolah.. 50 sen ajer tau..zaman aku belajar kat Universiti, naik 60sen .... lani aku jadi Ibu anak satu naik 70sen...Haiyaa.... macamana nak buat keluarga berpendapatan tinggi ni.... mungkin akan datang bila aku ada anak 2.. naik 80sen... entah 2 bila aku jadi nenek, roti ni dah 2 hinggit satu... rela ku tak makan roti...  tapi mampu kah?

Aduh....

Thursday, May 19, 2011

Aku bukan nak Mencarut...

Entry ni aku buat sebab timbul rasa meluat dengan seseorang yang aku kenal...nak tulis pun serba salah tapi kalau tak tulis, aku nak lepas kat sapa geram ni..sini jer tempat aku luah...mmm bukan aku nak bz body, tapi kalau dah terpampang tu...sikit2 lama2 jadi bukit menyampah aku ni...mana tak, kamu memang jantan tak tahu dek untung...aduh kasar sangat ker bahasa aku ni..tapi itu hakikat kan..mengaku ajer lah..jangan ingat kau ada duit, senang2 wat perempuan tu macam baju...buang sesuka hati kamu ajer..yang pempuan tu pun sama, gedik...sedar lah wei , siapa dia...takkan nak tunggu wujud insan ketiga baru nak insaf cik kakak oii..tengok muka cam dah matured...tapi otak TARAKKKK...beng  beng...

Tapi aku tak salah ko jugak lah, mungkin ko tak tahu sikap sebenar buaya tu...kalau ko tahu tak der lah ko terhengeh2 kan..ko jangan lah pandang duit ajer dik non...ko tengok lah jugak kebuayaan dia...zaman sekarang lelaki ni mana leh percaya dik non...even suami pun kena syak jugak walaupun 1 percents...tak kantoi ngan kita, memang r kita kata dia baik..cuba kantoi..ha baru ko tahu langit tinggi ker tidak...pikir lah, setakat nak beg "pengadil" tu..kalau tak mampu, kumpul duit kan boleh beli..tak yah lah mengadaikan maruah sebab nak barang brended...

Cuba lah ko selidik dulu dia tu sapa..please lah..

Lagi satu, jaga lah imej bertudung tu..please lah..kan orang maki2 marah..tapi bagi aku mmg patut pun..
.
.
.
.
.
.
.

Lu pikir lah sendiri..

Thursday, May 5, 2011

Bila Air Cond jd A-choon

Kenapa bila air cond rosak perlu panggil maintenance air cond? sebab diorang ajer yang pandai,..kalau yang dapat building manager yang haprak tak pandai tapi wat2 pandai..alamak ber- acoon ajer lah kita...duk terpacak tapi tak tau wat aper..ni lah yang jadi pagi ni ka tofis aku..mmm jawatn manager, pastu aku cakap panngil ajer teknician dia, wat bodoh, nasib baik aku ni jenis lembut, tak marah cam boss aku...mmm nasib ko baik jer tu...

Macam aku..kenapa orang amik aku kerja jadi accountant? sebab aku pandai wat akaun ajer, kalau ko suh aku g wat analysis baja, berapa kandungan chemical tu...alamak duk ter -kemikal lah aku kat depan baja tu..sama jugak kalau suh aku jadi PA..memang terberak r..aku ni tak der pengalaman jadi PA..tulis minute mesyuarat lagi r tak der...sah kan nak tulis isi2 meeting...hahaha...

Tak per r, dah orang nak suh wat, wat ajer lah...mmm janji masyuk...aku tak mintak..kome yang suruh...

Saturday, April 9, 2011

mencari ketenangan

Kadang kala..ketenangan itu sukar ditafsirkan..ada yang tenang melihat pantai, ada yang tenang semasa melepak bersama kawan..ader yang tenang melihat orang tersayang, ader yang tenang dengan menyanyi..ader yang tenang melalui merokok..

Dan aku..aku tenang melihat insan yang aku sayang..aku tenang melihat hero ku..aku tenang melihat puteri ku..ya, melihat mereka segala kekusutan hilang.mereka lah pengubat, mereka lah segalanya...dan aku bersyukur kerana Allah menganugerahkan mereka disaat aku berjauhan dari ibu dan adik2 ku yang lain..mereaka lah teman aku..aku bersyukur pada mu.. dan aku berusaha memberikan yang terbaik buat mereka..dan buat keluargaku..







aku sayang kamu bedua...kau adalah jantung ku..kau adalah darah ku..KAU begitu SEMPURNA..


http://www.rm20segera.com/?r=surianim
 
 
LUV,
suriani

Thursday, March 31, 2011

Aku ingin bahagia

Setiap nyawa di muka bumi Allah ini inginkan kebahagiaan..bukan sahaja manusia, malahan hidupan lain seperti haiwan, tumbuhan, dan semua deria ingin kan kebahagiaan..namun adakah "ia" sesuatu yang mampu dimiliki dengan hanya memetik jari atau hanya ungkapan..aku cinta kamu, aku sayang kamu?..ah ia tak semudah itu...kebahagiaan juga suatu permintaan..ya, permintaan yang harus diberi kepada yang meminta dari kamu..meminta kamu memberi hanya secebis rasa bahagia..agar dia boleh meneruskan hari2 nya dengan senyuman..namun..ia tak semudah itu untuk memberi dan ia tak semudah itu untuk mendapatnya..

Ya, kita selalu menyebut..Aku ingin Bahagia..Bahagia dengan keluarga, rakan- rakan, adik2, anak, saudara, persekitaran..namun adakah kamu sanggup berkorban untuk mendapatkan kebahagiaan itu?Ia umpama nampak dimata namun jauh untuk dicapai...di pandang tak nampak, nak dipegang tak dapat..ah sukarkan untuk mendapat dan memberi kebahagiaan..namun, cuba bayangkan dengan menutup mata mu yang cantik itu, ia terasa dekat sekali..nyaman dan ia seolah dekat dihati dan boleh dipegang...itu disaat kamu mendapatkan apa yang kamu mahu..tapi kalau sebaliknya, adakah memejam mata dan membayangkan semua yang indah..kebahagiaan akan hadir..oh tidak semudah itu..

Setiap insan berusaha mencari erti kebahagiaan , tak kira dimana kita pergi, dimana kita berada..di mana-mana sahaja di dalam dunia ini, di daratan, lautan mungkin dan mungkin bermimpi sampai ke planet bulan..atau dimana saja...Semuanya berusaha memcari kebahagiaan itu tanpa rasa jemu dan tidak pernah berhenti. Tetapi yang pasti manusia masih sengsara, masih jauh dengan kebahagian, masih tertanya-tanya di manakah kebahagiaan itu berada...

                                         
Salah satu tempat yang dicari kebahagiaan oleh manusia adalah di dalam alam rumahtangga. Tetapi ternyata masih banyak lagi rumahtangga yang diidam-idamkan sebagai syurga hidup yang di dalamnya terdapat segala nikmat yang menanti manusia, tiba-tiba bertukar menjadi neraka dunia yang menyiksakan. Akhirnya rumahtangga itu musnah dan banyak yang terpaksa berkorban dan terkorban. Namun demikian, manusia masih percaya bahawa kebahagiaan itu tetap berada di dalam sebuah rumahtangga. Padanya terbina sebuah keluarga yang mampu memberi kebahagiaan kepada manusia, kerana ikatan perkahwinan itu adalah sesuatu yang suci dan diharuskan oleh Allah swt yang sukar ditafsirkan oleh kita manusia.

Namun tidak semua manusia bahagia, dan tidak semua keluarga beroleh kejayaan.Dalam masa keinginan yang melimpah mengharapkan bahagia, dengan segala persediaan dan persiapan menanti dan menyambut bahagia, tiba-tiba sengsara jua yang menjelang tiba, hiba derita tidak tertanggung, bermandikan airmata sepanjang masa.


            

Al Quran menyatakan : "Maha suci Allah yang di tanganNya milik tiap-tiap sesuatu dan kepadanya kamu semua di kembalikan"

Untuk mencari kebahagiaan..cari ALLAH ..bukan pada yang tak wujud dan belum  pasti kewujudannya..


Peringatan untuk aku dan semua..


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Mengalir air mataku

Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....


Tabah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Luv,
Suriani

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...