Ya, kita selalu menyebut..Aku ingin Bahagia..Bahagia dengan keluarga, rakan- rakan, adik2, anak, saudara, persekitaran..namun adakah kamu sanggup berkorban untuk mendapatkan kebahagiaan itu?Ia umpama nampak dimata namun jauh untuk dicapai...di pandang tak nampak, nak dipegang tak dapat..ah sukarkan untuk mendapat dan memberi kebahagiaan..namun, cuba bayangkan dengan menutup mata mu yang cantik itu, ia terasa dekat sekali..nyaman dan ia seolah dekat dihati dan boleh dipegang...itu disaat kamu mendapatkan apa yang kamu mahu..tapi kalau sebaliknya, adakah memejam mata dan membayangkan semua yang indah..kebahagiaan akan hadir..oh tidak semudah itu..
Setiap insan berusaha mencari erti kebahagiaan , tak kira dimana kita pergi, dimana kita berada..di mana-mana sahaja di dalam dunia ini, di daratan, lautan mungkin dan mungkin bermimpi sampai ke planet bulan..atau dimana saja...Semuanya berusaha memcari kebahagiaan itu tanpa rasa jemu dan tidak pernah berhenti. Tetapi yang pasti manusia masih sengsara, masih jauh dengan kebahagian, masih tertanya-tanya di manakah kebahagiaan itu berada...
Salah satu tempat yang dicari kebahagiaan oleh manusia adalah di dalam alam rumahtangga. Tetapi ternyata masih banyak lagi rumahtangga yang diidam-idamkan sebagai syurga hidup yang di dalamnya terdapat segala nikmat yang menanti manusia, tiba-tiba bertukar menjadi neraka dunia yang menyiksakan. Akhirnya rumahtangga itu musnah dan banyak yang terpaksa berkorban dan terkorban. Namun demikian, manusia masih percaya bahawa kebahagiaan itu tetap berada di dalam sebuah rumahtangga. Padanya terbina sebuah keluarga yang mampu memberi kebahagiaan kepada manusia, kerana ikatan perkahwinan itu adalah sesuatu yang suci dan diharuskan oleh Allah swt yang sukar ditafsirkan oleh kita manusia.
Namun tidak semua manusia bahagia, dan tidak semua keluarga beroleh kejayaan.Dalam masa keinginan yang melimpah mengharapkan bahagia, dengan segala persediaan dan persiapan menanti dan menyambut bahagia, tiba-tiba sengsara jua yang menjelang tiba, hiba derita tidak tertanggung, bermandikan airmata sepanjang masa.
Al Quran menyatakan : "Maha suci Allah yang di tanganNya milik tiap-tiap sesuatu dan kepadanya kamu semua di kembalikan"
Untuk mencari kebahagiaan..cari ALLAH ..bukan pada yang tak wujud dan belum pasti kewujudannya..
Peringatan untuk aku dan semua..
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....
Luv,
Suriani
No comments:
Post a Comment