Tuesday, March 29, 2011

Dunia...Mungkin Kiamat Dah Dekat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi

Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.


Antara Tanda Tanda Kecil
- Penaklukan Baitulmuqaddis -"Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari"

 - Bermaharajalela alat muzik

-Menghias masjid dan membanggakannya

-Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

-Akan terdapat ramai anak luar nikah.

-Banyaknya berlaku gempa bumi




dan banyak lagi...masyaAllah..yang Allah ampunkan dosaku..

note: Kenapa aku terlintas untuk menulis ini, sebab masa rehat aku terpandang lelaki yang memakai legging seksi dan jarang..nak kata bapuk, gaya maskulin..Astagfirullah...Ya Allah, Ampunkan dosa ku..Ya Allah  aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku...Amin..

3 comments:

SHARIFAH ROHAIZAH AL QADRY said...

DUNIA TELAH SEMAKIN HAMPIR KE AKHIRNYA.. MARRILAH KITA BERSAMA2 MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT..SEMOGA TAUBAT KITA DITERIMA OLEHNYA.. amin..

Aiza said...

camne rupanya tu ekk ala ala western bajet kat oversea kot kan..kat area mana tu sue?

SueZ said...

aiza : kat bukit bintang lah aiza..semalam aku tgh naik tangga..dua lelaki duk bercium kat tangga sampai kuar bunyi..hari ni jumpa laki pakai legging seksi..yang transparent and jalur2 tu..MasyaAllah..takut aku..dunia nak kiamat dah..

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...