Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Anda tahu : Berhutang bukan suatu yang teruk, ada hutang Baik & ada hutang Jahat.

Ya, nampak cam mengarut..tapi ia betul...bukan semua berhutang itu teruk...hutang ada kebaikan nya....tak percaya?
Ok, mai sini suez terangkan...

Hutang baik adalah hutang yang mampu kita jelaskan sepenuhnya. Contoh, kita buat pinjaman membeli rumah, pinjaman pendidikan anak anak, membuka perniagaan atau mengikuti kursus yang mahal.... hasilnya, hutang ini akan mendatangkan faedah jangka panjang yang memberi pulangan yang baik untuk kita...percaya tak? Contoh membeli rumah, memang ia suatu hutang yang membebankan, tapi kita harus ingat, keuntungan kita akan diperolehi daripada nilai rumah itu sendiri...harga rumah makin meningkat.

Hutang Jahat/ Teruk adalah hutang yang mengarut...sebab tu kita panggil hutang teruk...contoh, pinjam duit untuk pergi bercuti (tak kira lah duit atau card credit), pinjaman duit untuk beli perabut rumah baru, pinjam duit untuk tunjuk hantaran tinggi...pinjam duit untuk membuat pelaburan yang tak masuk akal...<--------ni aku pernah terjebak...Menyesal.

Jadi, berfikirlah sebelum berhutang kerana ada hutang yang memeberi hasil yang produktif, ada hutang memberi hasil yang tidak produktif.


Salam Rabu semua...

p/s : jom vote eryna Smile contest

Monday, July 11, 2011

KL di pagi Isnin selepas BERSIH

Wah dah macam peninjau aku ni..dah memang aku kerja di KL so mesti lah dpt tgk serba sikit keadaan KL..Semua nampak ok,xder bangunan runtuh atau diconteng..xder sampah mungkin dh dibersihkan oleh DBKL atau dikutip oleh mat pek,maklum r.batang mcm botol tu leh jual.

Cuma yang masih kelihatan sekumpulan polis yg masih berkubu kt dataran merdeka..so the conclusion is

MALAYSIA STILL THE SAME, NO NEED TO THINK TO FAR, sampai dijajah bagai,perang bagai..jgn lh sbb satu hr sampai pikir bukan bukan..

Friday, June 3, 2011

Kerana aku Perempuan

Menjadi seorang insan bergelar wanita bukan lah mudah...menjadi insan bergelar ibu..bukan lah mudah..menjadi isteri solehah kepada suami bukan lah mudah...menjadi insan bergelar anak kepada ibu bapa...bukan lah mudah...menjadi kakak kepada adik2 bukan lah mudah...menjadi seorang guru kepada pelajar bukan lah mudah, semua ini perlukan pengorbanan dan kerjasama....


Namun, jika tiada siapa yang ingin memberi dorongan, semangat dan kerjasama...bagaimana ingin menjadikan mereka seperti yang kamu inginkan...

Pernah dengar ungkapan ini:-

"lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal"

Ia nampak seperti tidak adil untuk kedua2 pihak tetapi..

Kerana kekurangan itu ianya melengkapkan kita semua dengan sebab untuk berpasangan..
Lelaki 9 akal,perempuan 1 akal..
jika dilihat ianya berat sebelah untuk perempuan
lelaki 1 satu nafsu,perempuan 9 nafsu..
Juga dilihat berat sebelah untuk lelaki
jadi apakah perumpamaan ini semata diadakan untuk menghina?
Jawapannya Tidak..
kerana apabila berpasangan dan jika ditambah perbezaan nafsu dan akal antara lelaki dan perempuan,
Sekaligus kita akan memperolehi KESEIMBANGAN dalam berpasangan..
10 akal,10 nafsu..
dalam satu pasangan..nafsu adalah keinginan,yang dimana ianya mendorong kita untuk berkembang,dan akal adalah sempadan yang mengawal nafsu..
sekaligus,ianya menyeimbangkan dan melengkapkan antara lelaki dan perempuan untuk berpasangan..

Namun, sekiranya di dalam keseimbangan itu terdapat ketidakseimbangan? Bagaimana cara untuk menyeimbangkannya? Hanya pasangan itu sendiri yang mampu menjawapnya..sebab itu setiap ciptaan ada keistimewaannya...

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...