Ya, nampak cam mengarut..tapi ia betul...bukan semua berhutang itu teruk...hutang ada kebaikan nya....tak percaya?
Ok, mai sini suez terangkan...
Hutang baik adalah hutang yang mampu kita jelaskan sepenuhnya. Contoh, kita buat pinjaman membeli rumah, pinjaman pendidikan anak anak, membuka perniagaan atau mengikuti kursus yang mahal.... hasilnya, hutang ini akan mendatangkan faedah jangka panjang yang memberi pulangan yang baik untuk kita...percaya tak? Contoh membeli rumah, memang ia suatu hutang yang membebankan, tapi kita harus ingat, keuntungan kita akan diperolehi daripada nilai rumah itu sendiri...harga rumah makin meningkat.
Hutang Jahat/ Teruk adalah hutang yang mengarut...sebab tu kita panggil hutang teruk...contoh, pinjam duit untuk pergi bercuti (tak kira lah duit atau card credit), pinjaman duit untuk beli perabut rumah baru, pinjam duit untuk tunjuk hantaran tinggi...pinjam duit untuk membuat pelaburan yang tak masuk akal...<--------ni aku pernah terjebak...Menyesal.
Jadi, berfikirlah sebelum berhutang kerana ada hutang yang memeberi hasil yang produktif, ada hutang memberi hasil yang tidak produktif.
1 comment:
betul2..setujuuuuuuuuuuu..:-D
Post a Comment