Monday, March 29, 2010

Apa itu Hasad Dengki..

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
• Buruk sangka
• Hasad dengki
• Takut sial kerana sesuatu
Dari huraian kat atas, jelas sangat yang hasad dengki ni sangat bahaya sampai di umpamakan sebagai api yang makan kayu..betapa cepat nyer ia marak..kadang2 aku terpikir..kenapa kita susah nak buang sifat ini samada didengki atau mendengki..tapi aku sedar yang kita hanya manusia biasa yang tak kan dapat lari dari sifat buruk..terutamanya bila ada syaitan kat muka bumi ni yang memang ditugaskan nak hasut manusia buat kejahatan..
Aku selalu terpikir..macamana nak elak kan diri kita dari didengki dan elakkan dri kita ada sifat dengki..tapi aku buntu..dan yang pasti jawapan hanya ada pada diri sendiri..hati yang mengusai segalanya.
Senang cite.. dengki bermaksud perasaan tidak senang, gelisah dan keluh kesah melihat kelebihan yang dimiliki orang lain dengan berharap agar nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut.
Dan hingga kini aku masih mencari formula untuk halang dari di dengki orang..bagi aku..masing2 ada rezeki masing2 seperti yang dah tertuis di atas sana..hanya dia yang mengetahui..dan yang pasti..ayat bawah ni menginsafkan aku..
Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:
• Pemerintah kerana zalim
• Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
• Kepala desa kerana sombong
• Pedagang kerana kianat
• Orang dusun kerana kebodohan
• Ahli ilmu kerana hasud

Thursday, March 18, 2010

Angkara Facebook

Sungguh malang malam ini..nasi angg aku masak untuk puteri aku hangit..sungguh sedih sekali..dah lama pulak tu rebus nyer..tetiba hangit..salahsiapa? salah mummy nyer yang trlalu leka..sorry baby..nanti mummy masak lagi k..

Saturday, March 13, 2010

Bila Eryna Demam

Hari ni anak tercinta demam..resah sungguh hati..asyik merengek and nak menetek jer..suhu pulak dah naik ke tahap yang tinggi..3.80C..aku try lap dengan air suam..tapi dia tak selesa dan nangis..mungkin menjadi kejutan pada badan nyer bila terkena air sejuk..nangis lagi dia..kecian aku tengok dia..serba tak kena and tidak selesa..

Aku bagi makan bubur untuk tambah tenaga dia..tapi dia tetap sama..aku tekad bawak dia g klinik..nasib baik kebetulan adik aku ada disini..tolong tgkkan eryna..kat klinik suhu naik lagi..3.85..and lepas masukkan ubat..suhu turun skit tapi tido tetap bunyi rintihan tak sihat..sabar sayang..mummy luve you and will take care u until the end of my lfe..muaahhh..just what i do is..always look at her..see if any changes..give alot of breast feeding and try to avoid her from crying..and also give her medine as per consult by doctor..and now the temperature quit down a little bit..3.7 only..and i will put y eyes on her always..mummy hope you be a strong girls as mummy done for you..with luv..mummy.

Wednesday, March 10, 2010

Bubur nasi..MASAKAN PERTAMA UNTUK ANAKKU..

Sabtu(6.3.10)..hari pertama aku dan husband tercinta masakkan bubur untuk pemata hati kami..DHYA NUR ERYNA..dan masuk 6 bulan dia..masa yang sesuai untuk bekalkan makanan tambahan..2 minggu lepas, nurse ddah ajar aku cara nk masak makanan bayi..agak ringkas and berguna untuk ibu pertama cam aku..so..aku dan suami buat resepi ikut nasihat nurse and jugak survey kat internet..banyak resepi..macam2 bubur bayi rupa2 nyer..kat sini nak tulis resepi bubur hari pertama baby eryna..
2 Sudu Beras..
1 Sudu kecil ikan bilis..
Sedikit Carrot potong dadu
Mula2 kami masak nasi..sampai kembang...dalam hampi 1 jam and masukkan carrot and rebus lagi setengah jam..pastu basuhkan ikan bilis untuk buang garam..masin tak elok untuk bayi.and then rebus jap ikan bilis.pastu kami blend sampai hancur nasi bersama carrot and ikan bilis..if letak ikan bilis dalam nasi..bau dia agak hanyir..seeloknyer jgn campur..blend nasi bersama carrot and blend asing ikan bilis..sedap.

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...