Thursday, November 18, 2010

Luahan Hati Ku..

Ntahlah..aku sendiri pun  tak tau naper aku macam nak luahkan sesuatu hari ni..memang aku tak der diary..ni jer diary aku ader..aku macam sedih giler bila aper yang aku luahkan dan mintak pandangan menjadi suatu ejekan dan komen yang negatif dari mulut nya..memang aku sedar, salasilah aku memang selalu bermasalah..tak seperti kamu..walaupun aku menjadi milik kamu..aku tetap bertanggung jawab pada keluarga ku..terutamanya nya adik2 aku..aper2 pun, kesusahan mereka adalah kesusahan aku..masalah mereka masalah aku..akau sebagai kakak, aku harus bantu mereka bukan tambahkan masalah mereka..

kadang2, aku rasa macam aku ni sangat tak berguna, terlalu pentingkan keluarga yang aku ada sekarang..aku rasa sangat bersalah..sedih..kecewa..dan macam2 lagi ion2 negatif dalam hati aku..ni semua takdir..aku terima hakikat itu..ya ..memang aku ditakdirkan untuk lahir dalam keluarga yang banyak masalah..selalu berlaku sesuatu yang tak kita jangka..aku faham..kamu tak suka tapi mereka perlukan aku jugak..aku kakak mereka..aku harapan mereka.

aku kadang2 rasa terhimpit..kalau tak pada kamu aku minta pandangan..pada siapa lagi..siapa lagi yang aku ada..aku berusaha membaiki hidup kita..mencari yang terbaik untuk kamu, dia dan mereka..ah..biarkan..aku yakin aku mampu hadapinya..aku tak akan meminta pandangan mu lagi..terima kasih kerana sudi mendengar rintihan aku tentang keluargaku selama ini..

Akua harap.jika kamu membacanya..kamu tak salah faham..ini cuma luahan hati aku yang perlu aku keluarkan dan luahkan..aku tak boleh pendam sorang diri..maafkan aku..


3 comments:

mamawana said...

Salam ziarah

Banyak2 sabar, solat dan berdoa. Insyaallah.

cacing said...

sentiasa lah senyum ketika menghadapi masalah.. senyuman yang kecil membawa kepada penyelesaian yang besar....

SueZ said...

Tq dear frenzz..kdg2 saya sym utk tunjukkn semua ok..walaupun hipokrit..hta thn yg tahu..sdh sy

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...