Wednesday, August 17, 2011

Warkah buat Lelaki

Lelaki..satu perkataan yang mengambarkan kejantanan..tapi jantan kah? dengan timbulnya isu Nyah dan Gay..masih sinonim kah perkataan jantan itu untuk lelaki? Ya, tak semua lelaki itu Gay, tak semua lelaki itu Nyah...tetapi lelaki dianggap jantan sudah tidak sesuai...kenapa?
Dalam arus permodenan, ramai lelaki bergantung kepada wanita untuk sesuatu perkara, kadangkala tanggungjawab yang dipikul wanita lebih berat dari lelaki...dan lelaki, ada mereka sedar semua ini..mereka tak ambil peduli..WHO CARE?
Kini, banyak contoh yang menunjukkan ramai lelaki lari dari landasan sebenar iaitu sebagai ketua, pemimpin, pelindung, dan peneman...
Lelaki sekarang terlalu ego, namun kadangkala terlalu bersahaja...mereka seolah2 berkata " apa nak susah, perempuan pun boleh buat..'., apa susah, kakak boleh bg duit kat mak.." apa susah, isteri aku pun kerja..., apa susah, anak aku boleh hidup walau aku tak bg nafkah kat bekas isteri...ya, semua apa susah...bagi mereka semua senang..mangandungkan anak orang pun senang, merompak pun senang...
Kini, yang paling menyedihkan adalah bila lelaki lari dari tanggungjawab membantu ibi bapa mereka...mereka lupa ibu bapa..mereka asyik dengan keluarga mereka yang baru..bagi mereka, ibu bapa sudah lepas...ibu bapa masih boleh kerja ...ibu bapa masih kuat boleh jaga diri..ah...adik2 aku kan ader jaga...tp terfikirkah kamu betapa susahnya mereka membesarkan kamu, mengharap kamu boleh membantu mereka kerana mereka tahu, anak perempuan menjadi milik suami sepenuhnya apabila kawin, tapi kamu ..sebagai lelaki, kamu milik ibu bapa kamu untuk selamanya...sedar lah itu wahai lelaki...
Tak kurang juga kepada isteri yang diceraikan, kebanyakkan lelaki lepas tangan, tak beri nafkah,,alasan tak boleh jumpa anak, bekas isteri pun kerja...tanggungjawab aku sudah tak ader dalam keluarga itu...sedarkah kamu, anak itu anak kamu, jumpa tak jumpa dia tetap anak...mungkin bekas isteri ada sebab kenapa tak bagi jumpa, mungkin bekas isteri takut kehilangan anak selepas kehilangan suami tercinta..ya, suami tercinta..kalau tak cinta manakan dapat anak...manakan kamu berkahwin...sedarlah...anak itu lah yang akan menuntut keadilan nya kelak, jangan di salahkan anak jika anak tak kenal bapa, jangan disalahkan anak kalau anak tak jumpa bapa, dan jangan salahkan anak kalau anak berkata, papa ku sudah mati...salahkan kamu sendiri kerana kamu, lelaki yang ALPA...

fikir2 kan lah lelaki...

4 comments:

e.l.i.z.@ said...

ada jg lelaki yg terlalu ikut kata bini.susah jgk mcm tu

SueZ said...

Betul sampai abaikan mak ayah,.

ade2mama said...

ckit2 cite kbrukan laki uhuhuhuuh..
ny nk complain ny uhuuh..jom laki2 sume..reunion huhuhh..kte BERDEBAT
hhheheheehehe..hoyeiii:)

ummu aufa said...

ada jugak lelaki yg berubah lepas kawen..hoho=(

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...