.

Korang Klik..saya akan Klik balik..just inform me K

Monday, February 14, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

ni contest utk nama baby kita..menarik...


dan ini penganjurnya.....   idmatextile

dan ini gambar sweetheart saya..

Dhya NuR ErYnA

Nama D.H.Y.A N.U.R E.R.Y.N.A..nama ni hasil gabungan dari suamiku dan aku sendiri..Dari sejak kandungan 6 bulan aku dah sibuk beli buku nama2 dan cari kat internet..maklumlah time tu dah tau "Princess"..dalam banyak2 nama..aku minat nama Fatini..minat giler..nama dalam buku islam..pastu yang search internet aku minat..ERYNA..maksud dia kecantikkan..tapi ni nama mat saleh..tak der dalam nama2 indah dalam islam tu..so aku nak islam dan moden..aku pun cakap kat suami, kita bagi Fatini Nur Eryna..punyer lah semangat..siap buat list nama lagi dalam buku..nama dalam majalah pa&ma tu jangan kira ler..tanda buku maner ader nama best..

Nak dijadikan citer..satu malam aku ngidam nak makan rojak buah..kedai tu nama IzzSandra..pastu suami aku minat lah nama ni..dah tak nak dah Fatini Nur Eryna ni..aku macam hampa lah sikit..aku nak sangat ERYNA..

Tanggal 11.9.10, lahir lah puteri..bermula lah episod untuk bagi nama..pening jugak lah..suami aku nak IzzSandra sebab IzzSandra lah kami jumpa rojak..aku tak setuju sebab semua pekerja dan pemilik kedai tu Auw..Auw..hihihi..opps sorry.., aku x habis2 ngan Fatini Nur Eryna..mak mentua nak nama ..faham2 lah org tua..nama pun klasic..tok dia nak nama Ainun aper ntah..dan adik2 aku pun ader suggestion ni..xyah cakap la..

Last 2 sampai ler satu malam, suami aku nak isi nama kat borang..mak mentua ckp lah nama classic tu..aku tarik muka lah..pastu suami aku ni perasan kot..then dia tanya, nak nama ape..aku cakap aku tak kisah asalkan ader ERYNA..maksud dia CANTIK...then suami aku kata, kita bagi DHYA nak, tapi kita eja canggih sikit..moden..DHYA bukan Dhiya..aku cakap ok..yang penting ERYNA ader...so bagi lah nama DHYA Nur Eryna..maksudnya..Sinaran Cahaya Kecantikan..walaupun orang lain duk sibuk bagi nama Damia sebab maksud kecerdikan/bijak..aku tak..aku nak anak aku Cantik dari semua aspek..budi bahasa, agama, tingkah laku, rupa paras..dan semua aspek lah panjang kata..

Tamat lah kisah..hihihi..LUV U ERYNA..

1 comment:

EZAN IDMA said...

Tengs Join :) goodluck