Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan buat semua umat Islam

Cepat masa berlalu,Ramadhan yg kita rindui dan nantikan dh tiba..bulan ni lh plg byk blh pahala,amalan baik hrs di tingkatkan yer kengkawan,sedekah jgn lupa ok..dan bulan ini lh jugak bulan pesta makanan..macam2 kuih ader,mcm2 warna ada..bln ni lh nafsu pembaziran berlaku sebab kuih yg jarang jumpa mesti wujud..hihihi tp best kan.

Lagi satu baju raya,yg bujang tak der mslh sbb tema bj blh wat sesama adik n family or beli ikut suka hati tp wt yg ader ahli baru mesti duk tercari2 bh yg sama utk dipakai,plg susah bj bdk kecik..jarang tukang jht nk jht bj bdk kecik utk bj kurung dan bj melayu,jd nk tak nk,beli ready made tp bab nk cr sedondon masalah tu.

Dan tak lupa jugak,pesta kuih raya..mcm2 kuih ader ,ms ni jugak r ader tawaran mcm2 jns kuih utk di order..aku biasa tempah ngn kwn n sedara sbb kuih kt bazar yg 3 RM10 tak sedap lh..bkn memilih tp KENYATAAN!!!

SALAM RAMADHAN SEMUA.;-)

Khairul Fahmi (apek) Putus Tunang!!!!

Itu lah kesudahan hubungan antara apex dan elia..putus jua..

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
 
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.” – MyMetro

Note:-tunang bukan lesen untuk memburukkan pasangan, apatah lagi kahwin..sy slalu jgk bc blog si elia ni,boleh thn ayat!

perjumpaan anak Kelantan..

Walaupun aku ank ganu ,aku p perjumpaan ni..sbb laki aku org klate..boleh thn ramai,ada tok guru jugak dn yg best beg kertas n souvenior x kedekut..klu p tempat lain,nk beg kertas kena bg sstu samada beli atau sertai..belon pn sama,bg kt semua bdk.
P
Ank ku ni dh ler giler belon.

Yang ptg.TGNA slm n pegang Eryna..Syukur sgt,mg2 dpt berkat dr alim ulama,'

Pastu ada jgk dikir barat,suka sgt sbb jrg leh tgk live.

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf atau Aleesha Farhana meninggal pagi tadi

Mohd Ashraf yg dimasukkan ke Icu Hospital Sultanah Zahirah , Kuala Terengganu dah meninggal awal pagi tadi..Dia dikatakan meninggal sbb sakit jantung dan tekanan darah rendah.
Menurut ayahnya,dia mengalami kemurungan selepas permohonan tukar status jantina di IC ditolak hakim pada 18 July lps.
Jadi pengajaran,org yg hidup sihat pun blh dpt skt jantung tetiba,muda plak tu..sakit dan ajal maut ni di tangan Allah..jadi jgn lh kita murkai Dia sebab Dia boleh tarik nikmat sekelip mata jer,jadi jdkn semua ni pengajaran dan pedoman.Apa yg diciptakan oleh Allah pada kita adalah debaik baik kejadian,amin.

Tolong Klik Boleh???hihihi

Nak jana income klik sini
Nak sertai XPlay Party bersama Funky Kopral, Estranged, Project Pistol, Wicked Aura, Matt Alfords & MC Vibe!! Klik sini
Anda nak tiket concert Eason Chan Klik sini
Mad Deal All in One Beuty package RM49 only Klik sini
Terbaru pasal Blacberry Playbook Klik sini

Friday, July 29, 2011

Bila Rosmah kata.."Cincin tu fitnah..."

cincin Rosmah

Ha..ingat lagi yang cerita gempak Mak Mah beli cincin sampai berjuta juta tu? alah yang harga RM24Juta lebih tu?

Ingatkan...hahaha...nak gelak pun ader aku...

Mak Mah kata : "There is nothing I want to say (in relation to the purchase of ring) because I have no time to entertain such issue." Ha, hambik ko...Mak Mah tak der masa nak layan statement angin2 dari Internet ni...

Dia cuma pikir kan negara ajer ok.. "Ianya satu fitnah. Saya tak ambil kisah perkara remeh seperti ini. Saya mahu menumpukan masa untuk aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat terutamanya menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak." - Rosmah Mansor. Al maklum la, dia kan diberi bajet yang besar untuk projek PERMATA masa belanjawan dulu...Jadi tak yah lah nak wat story mory ke Mak Mah ni, tak menang nyer korang..

Pendek kata, Mak Mah nak jelaskan..Ia FITNAH...mana mampu kan Mak Mah..Mahai tu...Mak Mah bukan ader Bisnes..klu ader pun, ader aku nak bagitau ko...kihkihkih...jadi, jomlah, tutup telinga, tutup mata, padamkan memory yer semua....

lagi berita Disini

Note : Saya nasihatkan Mak Mah p investigate kenapa Nama "Rosmah Mansur" ada kat Kastam nyer Screen...hihihi...

Bila Orang Giler Internet!!!!!

Zaman sekarang ,semua duk giler ker internet....nasib baik orang2 yang duk pendalaman and kampung tak giler internet....Aduyai...terutamanya, Facebook dan Twitter....Aduyai...celik mata facebook....bukan update status pun, baca status orang pun jadi lah.....Tunggu bas..Tweet tweet....last2 bas kemana..tweet tweet ke mana....

Pastu, yang minat berblogging pun dah jadi habit dah..tak update blog pun wat, blog walking....kan kan? tambah kenalan katakan...Aku pun sama, aku ni terjah jer semua blog cuma tang nak tinggal jejak tu malas bebenor, baca blog aku suka....

Yang aku tak puas hati pasal facebook ni, dia dah lah tak bagi duit kita update, sebalik nya banyak mencuri masa kita yang sepatutnya buat benda lain yang lagi berharga dan berfaedah....Ada yang sanggup tangguh makan ni, konon nak balas komen kawan2 dan update status, pastu yang tak layan anak sebab facebook ni, tak buat kerja sebab facebook...pastu ader jugak yang duk cipta macam2 page ni..tapi faedah..haprak ...kenapa, sebab cipta pages macam2 kutuk Najib, kutuk Astro, Boikot TV3, mahu itu mahu ini tapi ader ker pages korang tu tarik perhatian orang yang kamu sasarkan?...aduyai..pening aku...pastu yang dah jadi mak bapak ni, sebab facebook, anak keluar rumah, makan sampah pun tak sedar..syiok sangat facebook...mmm aper lah...

Bab blog, aku suka orang yang berblogging ni sebab dia syer ilmu...bukan macam facebook, mandi pun dibagitau..nak tido pun di bagitau..blog ni bagus sebab banyak info kita tau..cuma aku tak puas hati sesetengah blog, yang update ntah aper2 lah, tapi orang yang duk komen tu beratus2...bukan sebab entry yang bagus tapi tumpang glamer lah tu...kuang kuang kuang2...kome duk komen2 entry dia, dia syiokkkk $$$$ Masyuk..kome ader? yang blogger terasa tu, lantak ler..aku cakap pada realiti...aku tengok, kome duk komen2 kat entry, ader dia balas...mmm ader lah perasan satu dua dia balas, yang lain...mmmm habuk pun tarak...

Ok lah, cukup luahan hari ini,, bukan ku jeles sebab korang glamoresss...ku cuma tak suka sebab cara tu sebenarnya membazir masa orang yang duk follow kamu jer, input Tarak...


Maaf semua, selamat Berpuasa minggu hadapan...

Jom sertai XPlayOpera

Thursday, July 28, 2011

separuh masa pertama Malaysia VS Singapura!!!!

Mmmm apa sudah jadi?nampak gaya pemain Malaysia still malas,xder passion nak menang..separuh masa still 0,dah lah kita nk sekurang2 nya 2 gol sebab nak cover kekalahan akibat kemalasan si Sharbini tu,dan ketidak prihatinan Coach yang duk maintain keeper yg entah apa2 masa kat SIngapore.

ulasan aku - game ni ibarat Singapore lwn Apek and Safi Sali jer..yg lain tu pokok hiasan jer,nk2 si Ismail faruki tu..bengong..main lah sungguh klu nak g ke game Piala Dunia cik abg ooiiii.

Go Apek go Safi Salie

Aiya..saya terlepas..saya mau cari Follower saya ker 100-please!!!

Aiya, dek kesibukan..saya terlepas follower saya ker 100 - ROS LINDA...

Buat cik Roslinda, sila contact saya sueria_ni@yahoo.com...nak bagi


...Waaa weeee....

Thank you be my follower..ke 100

Then buat ini orang, ..Zures because she is 101 follower dan shielasuri follower ker 99..emailed saya jugak detail k...ada jugak gift untuk kamu....best kan...



the new Proton Saga FLX!! Canggih beb...

Korang yang baru plan nak beli or tukar kreta, and nak Kreta yang jimat minyak..jom Beli Proton Saga FLX!!! Panas di pasaran....


"PROTON is now giving you the option of getting more mileage for your Ringgit! PROTON has launched the Proton Saga FLX that uses Continuous Variable Transmission (CVT), commonly found in luxury cars."

Tengok betapa canggih nyer kereta ni???? CVT biasa digunakan untuk kereta mahal ajer tau!!!

"Proton Saga FLX also comes with Anti-lock Braking System (ABS) and Electronic Brake-force Distribution (EBD), along with driver and passenger side air-bags."

Hihihi ni lagi spesifikasi yang canggih....bukan semua kreta ada air-bag untuk pessenger , pastu ada ABS and EBD....
Jom Baca ni:-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd launched its new Proton Saga FLX 1.3L yesterday, a new model enhancement to its Proton Saga model which provides consumers with greater savings on fuel consumption and a smoother drive with the use of continuously variable transmission (CVT) technology.


In a statement yesterday, the national car manufacturer said Proton Saga had been its best selling model in the country in the first six months of this year, making Proton the overall market leader in Malaysia in the first half.

In the first six months of 2011 Proton sold 39,841 units of Proton Saga compared with 37,840 sold in the same period last year.

The car boasts an outstanding sales record, with over 250,000 units registered and over 300,000 units booked since its launch in January until June 201. The new Saga FLX 1.3L is priced between RM38,598 and RM44,998.

Source : TheStar

Wednesday, July 27, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby


Join this contest pengaruh dari Jue

So, sapa2 nk hadiah dari Moscow, jom join giveway dari blog miszlullaby.com OK....

SYARAT-SYARAT:

1)Buat satu entry bertajuk " Giveaway from Moscow by Miszlullaby" -- sudah

2)Copy dan letakkan banner di atas dalam entry korang tu. Tak payah letak dekat sidebar. - sudah
3)Be my FOLLOWER. - sudah (2005 - suriani)

4)Masukkan link http://www.Miszlullaby.com dalam senarai bloglist korang. - sudah

5)Tag 5 orang rakan blogger and LET THEM KNOW.(err...janganla just tulis "saye tag sume orang dalam blog ni", coz nampak cam xde semangat je nak menang. hehe) - sudah
a ) kakyong.com
b) cthoney
c) nurhafizahpija
d) mamiuyun
e) pinkymomma

6)Kemudian, tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen di bawah - sudah

Wordless Wednesday Contest 3


JOM terjah blog GTO dan eightdesignsboutique untuk sertai rprogram ini



Tanpa banyak cakap, my Wordless Wednesday :- teng teng teng..me and my princess...

  • Semua design baju , seluar, skirt memamg giler kentang..cantik, nampak vintage, stailo and bergaya.
  • Shawl pulak semua corak dia cantik dan boleh "Mix and Match"
Apa yang penting..butik ni memang TIP TOP...

Bila di Zon B,sgt nervous and stress

So sekarang aku dh tak der ms nk ilek2..haiyooo..life terlalu bz sampai aku nk sgt hr sabtu dan ahad dtg..rasa stress giler,nk cr staff lg,keje yg mkn byk lg,hr2 ckp omputih sampai tak reti ckp melayu during office hour..sgt Beng bin Beng..
Tak per,ni panggil cabaran untuk berjaya..kena bersusah2 dulu senang2 kemudian..tp ku sgt x lrt nk wt kerja kt umah,i need time utk diri lh,.
Aper lh aku merepek ni di pg buta ni


saper2 ada kwn lulusan spm cr kerja area kl,bgtau sy please

Monday, July 25, 2011

Jom layan saluran baru astro sementara FREE!!!!

Mesti korang pun perasankan saluran PELANGI..yang duk promo kat Ria and Prima tu..yang duk cakap IndoPax..actually aku kureng minat cerita seberang tapi camner ntah jadi sangkut sejak cerita LASKAR PELANGI,cerita tu mmg bagi Inspirasi r..tapi aku selektif jugak r,cam malam ni aku layan cerita JOMBLO..tu pn sbb laki aku cakap best,mmm last2 laki aku tgk dlm mimpi tinggal aku sorang..so korang yang minat cerita dari seberang,nikmatilah sebelum kena bayar..maklum ler,ASTRO sekarang M A H A L , aku nyer beza Rm12 dr bil asal..zmn serba mahal

Miss my Terengganu...

Wah hari ni pepagi ku ternampak ini bas..

  Terus aku ingat kampung tempat lahir aku..Terengganu..lama dah tak balik.. last balik masa Raya Cina hari tu, awal tahun...mmmm tak sabar nak tunggu raya, leh balik kampung lagi... Sekarang kerja yang terlalu banyak komitmen, nk cuti pun payah sikit..aduyai...jadi, kena tunggu cuti panjang lah nampak gaya...
  aku pun rindu pantai...nak tahu selama mana aku tak jejak pantai, selama aku tak balik Ganu lah...balik Ganu jer leh jejak pantai yang cantik..Xspecially pantai batu Buruk, pantai Rhu Muda, pantai Kelulut.. tu semua tempat aku suka pergi...tempat yang biasa aku terjun laut, pantai Rhu Muda and Chendering..memang takkan lepas peluang terjun laut lah klu balik kampung...
Ni lah makanan aku rindu sangat, Ikan celup tepung ..aduyai terliur nya..tepung dia ranggup tak macam kat KL ni..udang and sotong celup tepung pun gempak r kat Ganu...

Nanananana Ganu Kiter....Tunggu aku....

Sunday, July 24, 2011

Blog " inianwarhadi" Blogger of the Year..Wwwow Award!!!

Tahniah You......

Walaupun dah tamat beberapa hari yang lalau...yer ker? or minggu ni..entah...baru berkesempatan nak mengupdatekan diri disini...teruatamya pasal Winner Blogger of The Year by Wwwow Award ni...
Bagi yang dah tau..best jugak blog dia...tulisan Mat Saleh u'olllssss...cayalah...macam blogger international..memang patut lah menang coz not only Malay can vote, not only Malaysian people can vote, all of the world can vote because they know what is your blog quality..ececeh..cakap orang putih plak cik kiah ni...ok..tanpa bebel banyak ...jom terjah blog dia...Untuk pengetahuan, dia menang 3 award sekaligus kat Wwwow Award ni.

Pertama : Blogger of the Year
Kedua : Must Follow Personality
Ketiga : Video of the Year

Gempakkkk r.. Jom terjah blog anak kelahiran Kelantan, tapi duk Kedah and pernah besaq di New Zealand ni 

PESTA DURIAN DI PERAK!!!!

Wah, best nya orang Taiping ada Pesta Durian.
Klu dekat ku pergi..
Kepada org Perak,anda bertuah ler,
Per lagi,p ler pada

23-24 July 2011..

Thursday, July 21, 2011

Proud wit my sweetheart

Sungguh cepat masa berlalu..dah nk masuk 2tahun dah cik Eryna, puteri aku ni..11 SEPT ..mesti korang cepat ingat tarikh ni,.ya sama kejadian dengan WTC..
Budak ni lahir ikut tingkap,orang kata budak lahir ikut tingkap tak segenius budak lahir ikut pintu..bagi aku tak der beza sebab adik bongsu ku jugak lahir ikut tingkap,tapi otak ligat cuma ada satu sikap yang aku perasan antara mak sedara dan anak sedara ni..al maklum lah,lahir cara sama.
Persamaan Mimi (nama adik bongsu ) ngan cik eryna ni ialah dua2 otak ligat and cepat tangkap,tetapi lambat nak bercakap sebab PEMALU..ni yang aku perasan..
Lately ni,eryna dah berani ulang perkataan yang dia sebut,kalau dulu sebut sekali jer,bila mummy or walid tanya,apa? Cakap lagi sekali, terus lari or sembam muka kat bantal or badan mummy or walid,susah bila jadi terlalu malu ni..
Syukur sangat,sekarang dah boleh sebut 2patah kata,macam mimi( panggilan untuk Mummy aka aku lah),a-yid (panggilan utk Walid aka husband aku), ba pak (untuk suami baby sitter), ma ma (baby sitter dia ), a-yish (utk kawan yg sama2 dijaga b sitter), bang(abg2 yg ada kat umah bb sitter),bibi (utk baby),a-tak (utk kakak),dan nek(utk nenek) mm adalah beberapa lagi ayat yg dah pandai..yang penting bangga bila dia dh berani dan kenal beberapa gambar even tak tau sebut,cuma faham ajer..apa2 lah eryna,asalkan sihat dan harap2 raya ni lagi lancar cakapnya..

Note: LOL eryna (LOL = Lot Of Love) .singkatan baru kata ringkas.

Wednesday, July 20, 2011

kenapa istilah ukur baju di badan sendiri wujud?

Mesti korang pernah dengar kn ayat tu?
Pada pendapat aku yg kolot ni,mungkin klu ukur badan orang lain,takut x muat or terlalu besar..menggelebeh jadinya..
Tapi hari ni,aku sedar ada beberapa sebab istilah ni wujud..al maklum lah dengan dunia tanpa sempadan ni,mcm2 kita leh tgk..terutamanya dkt FB..bukan ku nk mengata tp kenyataan..
Ada yg ku tgk terlalu meluat,mybe org tu x pernah dgr istilah tu sblm update status.
Apa2 pun,asal bahagia..yer tak?

Maaf andai ada terasa..
Peace yo!!!

No Wordless..But Sleppy Wednesday...

ARGHHHHHHH...Uarghhhhh



mahu ajer aku wat cam gini


Miss my Bantal dan tilam...Arghhh

Tuesday, July 19, 2011

Aiyak...Ter***** Sudah camner????

Aduyai..aku masih mengigihkan diri berpuasa..menggantikan yang 2 tahun lps, ni pemalas nyer orang aku ni,...dulu rasa muda..sekarang baru rasa tua nak insaf....aduyai...kena bayar Dam lagi..

(jangan tiru tabiat tak baik ni, berdosa tau)..

Masih berusaha even tak bersahur, perut nyanyi lagu rock...uwaaa.....tapi apakan daya, dek tak layang perut dok goreng gitar dalam perut aku, aku terlupa sesuatu...aku rasa sesuatu yang tak selesa dalam hidung...
Alang2 tak der orang kat office ni, aku syiok2 memasukkan tangan yang tak berapa nak runcing kedalam lubang hidung ku...Aduyai..lepas ku jentik "Ia" pergi baru aku ingat, aku puasa....masa kecik2 mak selalu cakap, korek hidung batal puasa..tapi aku tak sengaja....UWAAAAA...

--------------aku telah melanggar yang pertama-----------------

Hal yang membatalkan Puasa
•Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan -----> My mistake tapi tak sengaja, lupa yg aku puasa

•Muntah dengan sengaja

•Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja

•kedatangan haid atau nifas

•Melahirkan anak atau keguguran

•Gila walaupun sekejap

•Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari

•Murtad atau keluar daripada agama Islam

sumber : risalah rasul
 
Tak sengaja tak per kan?????

Dia ku lebelkan Perampas!!!

Entry ni tak der kaitan ngn rumah tangga aku..

Oleh kerana rasa sedih,aku terpaksa luahkan disini,aku bukan mahu menciptakan satu fitnah atau membuka aib..mmg ko tak kaitan dlm hdp ku tp sebgai perempuan aku terasa dgn sikap dan cara kamu..sanggup kamu merampas suami dan bapa pada ank kecil itu demi Cinta..ya,kononnya Cinta..aku pasti ko tahu dia suami orang,tp knp dia yg ko pilih?

Klu ko nk sgt pn,jd lh bini kedua..xyh lh sampai nk ambik takhta jd yg pertama sbb hakikatnya ko mmg yg kedua..pastu ko takder sifat keibuan ker?anak dia msh kecil..

Eeeiii geramnya hati,.tak blh nk tls dh..kn jd menyumpah seranah pulak..berdosa..cuma yg pasti,HUKUM KARMA itu wujud..ko igtlh wahai perempuan

Monday, July 18, 2011

pengacara Terlampau!!!

Ntah apa2 jer pengacara ni..cakap tak respect tetamu jemputan..soalan plak macam weng weng jerk,agak2 lah nk tanya..cuba tanya soklan yg membina bukan menuduh atau menjatuh..cara tanya soklan pn dh bg org down n pikir buruk pada organisasi..

Pastu org tak sempat nk jwb,dh tanya soklan baru..pantang aku..dah lh tayang muka berlagak pandai tu

Aku bukan selalu lah tgk wawancara ni tp klu dh tv dibuka tayang wawancara tu lyn jer r dgr..


Apa2 pun,please respect dgn sapa kamu bercakap,PEACE NO WAR..DENGAN IZIN,huhuhu

Bila Cinta itu satu Cerita

mmm hanya nak cakap...

Saya SAYANG SANGAT Suami saya..

Harap suami saya pun SAYANG SANGAT Saya...

Saya SAYANG SANGAT Anak saya..Eryna...

harap Eryna pun SAYANG SANGAT saya...

Saya SAYANG SANGAT keluarga belah saya..

harap keluarga belah saya pun SAYANG SANGAT saya...

Saya SAYANG SANGAT Keluarga mentua saya...

harap keluarga Mentua pun SAYANG SANGAT saya...

Saya SAYANG kawan kawan saya...

harap kawan kawan saya pun SAYANG saya

Saya SAYANG semua blogger...

Harap semua blogger SAYANG saya...

UNTUK ORANG SAYA SAYANG,,,
--dari KRU---Tiga Kata--
sorry lah tak der video..
Wo ai nie

Jiwang Isnin...


Lyric Amanda Imani Selamilah Cinta:




Baby

Cuba kau renungkan mataku ini

Kasih

Kau akan lihat erti cinta dari renunganku

Renungkanlah agar kau mengerti

 
Baby

Dari mula seharusnya mengerti

Diriku

Kau akan lihat betapa hebatnya cintaku

Kerna aku permaisuri cintamu

 
Korus

Cinta bisa berubah segala

Segala-galanya

Cinta juga bisa membawamu

Terbang bersamaku



Cintailah cintaku ini

Dan aku akan cintai cintamu

Kerna tiada yang seindah cinta

Bila terpaku pada cintanya



Cintailah cintaku ini

Dan aku amat mencintai kamu

Percayalah kau akan rasa sesuatu

Bila kau selami cintaku

 

Selamilah selamilah cinta

HB Bakal Saya KLik..

Hanya 4 orang..

CT N Honey
FirdNurJue
My Hatiku..
Ibu Anak 3 aka Kak yong

mau berapa hari?...
Saya buat satu minggu ok?...

Sunday, July 17, 2011

Sticky : Jom..main2 klik HB

As-salam and Hai semua...
Tetiba rasa nak wat satu program, you klik I, I klik U...
Xfaham...?

Ok, hampir semua orang ada iklan HB..dan seperti kita maklum, satu genuine kli dapat 4sen,
Klu 10 orang dan $0.40..even sikit, klu ramai2 pakat tolong? mesti banyak betul tak??
so, saya buka ini program untuk seminggu...tutup :  17hb July..



So semua yang ada list, mesti klik HB kawan2 seperti di di tunjuk kat atas...ok.
Bagi yang belum ada Hb..baca toturial HB disini : tutorial HB
So apa lagi, tinggal kan link dibawah, dan kita start tolong kawan kita jana income ok..

Thank you,
Su

Saturday, July 16, 2011

Speechless Saturday!!!!!


This is my face right now...

and it turn to this face...


Lu Pikir Lah Sendiri....

Friday, July 15, 2011

Shila Shower Gempak!!!!





kenapa ngan IKLAN di atas? teka2 kenapa....sebab dari iklan seperti atas lah saya jumpa BLOG Mummy Bestttt....iaitu Shila Shower..link http://shilashower.blogspot.com/

Jom Vote dia untuk Maxis Blogger Without Border..Klik Iklan di atas ok untuk Link...cari Shila shower...suara macam cikgu tu dia lah, dan gambar kiut mute of course dia lah....

Thursday, July 14, 2011

Drama :Sayaaaang Abah buat ku menangis.

Hukhukhuk mengalir air mata aku kalahkan tengok citer hindustan..tapi bukan nak tipu r..drama ni sgt bestttttt..thumb up..
Nak kata ku minat pelakon si Zul a.k.a "kawan" Abby Abady ofcourse TAK R..tapi citer ni mmg tinggalkan kesan dalam jiwa..Zul berjaya wat aku tersentuh dgn watak dia..sama jugak ngan lady gaga Malaysia siapa lagi klu bukan Didie Alias tu..mmg korang best,watak yg korang bawak memang BERJAYA..
Bukan nak kata lah,aku mmg jarang nangis tgk citer Melayu ni,tp citer ni macam pili bomba rosak,air mata jatuh bercucuran..babak2 akhir mmg touching..sapa tak tonton,lps ni tonton ya..

P/s:penyanyi yang calon masuk AF yg dikalahkan Hazama pn berlakon..Fir nama dia..antara lain,shrfh shahora,elfira loi n adik dia pn ada..

KEDAI MAKAN..kerusi MANGKUK TANDAS!!!

Nampak tak?..aku snap dr kedai sebelah coz aku makan kedai sebelah dia...

 Siap set ok..meja ada sinki...singki petak tu..tapi kreatif sebab sinki tu dia letak bunga and cover sinki ngan kaca , so jadi meja...sorry lah nak snap gambar meja malu plak..

Dulu baca kat internet aja, rupa2 nya ada betul kedai cam ni kat Malaysia...

apa2 pun...walau mangkuk tandas..dia cantik...

Kebersihan "V" tu penting ok!!!!

Vagina Uiks..jangan pikir bukan2 ok...hari ni nak cakap tentang kebersihan V...sebutan pendek untuk Vagina .... Seperti sedia maklum, setiap mekanisme dalam badan kita ada agen pembersihan semulajadi mereka sendiri...sama jugak dengan Ms V ni...

Untuk pengetahuan wanita dan perempuan2 sekalian, jangan pakai seluar dalam yang terlalu ketat atau basah..sebab ia akan ganggu keseimbangan agen pembersihan semulajadi yang ada dalam Ms V .


Manakala, keputihan selalu menjadi teman kebanyakkan wanita..so ia akan menyebabkan kegatalan...selain dari menggunakan pembersih, jadi saya galakkan anda pakai pantyliner..antara jenama yang ada Carefree, Kotex Fresh Plus (baru dipasaran) dan lain2..

so, jangan pikir Ms V itu  “out of sight, out of mind” tak perlu dijaga macam muka...ia penting dan asset termahal wanita..khas untuk lelaki dan baby..

p/s : teringin nak makan chocolataparadise

When light turned Red

There is a lot of situation stuck when 'situation' turned RED,Obviosly show the power of RED..
RED as we know,its also called Brave,Feirce and the Power.

Why? Because:-
* WIFE turn Red,husband stop internal exercise,correct?
* Traffic light turn Red,all vehicle need to stop..
* Car park,the bulb turn light..they put notice Full,also stop accept vehicle in
* and so many more..

Hihihi ari ni nk tulis bahasa omputih?kesilapan grammar hrp dimaafkan ya

Wednesday, July 13, 2011

1 2 3 Lekuk..!!!

Teringat cerita sang kancil dan sang buaya..sebijak - bijak buaya,bijak lagi kancil huhuhu..

Camtu lh aku,walaupun dikelilingi oleh buaya2 yg entah apa2 tu,akal ku LEBIH panjang dr mereka

syukur pada mu ya Allah kerana anugerah yg tak ternilai ini..

Even buaya berlagak,tanpa si kancil kamu x mampu bergerak

Toyota Vios Baru!!!Gulrp...

Aduyai...AKU JATUH HATI LAGI....


AKU CUMA NAK TULIS...

C A N T I K dan memang

DESIRABLE......UWAA.....

tak per..even ku pakai


syukur lah..tp, Mr Vios  kau telah buat aku jatuh hati...

Wordless Wednesday 13.07.2011!!!


Apa yang korang faham.....? pikir2 kan...
Apa lagi,  Jom Race bersama Toyota Vios Baru

Tuesday, July 12, 2011

Malu rasa bila....

Mesti tertanya2 kenapa aku duk tulis camni..ya lah,bukan apa..rasa sedih dengan kaum hawa ni..even bertudung tapi tak menjaga kecantikkan x guna jugak..kecantikkan yang Allah bg,simpan lh utk suami or muhrim kita..tak yah r duk tonggek sana sini..lentok2..
Yang itu masing2 pikir lh..rs sedih jer bila ank pun di didik jadi model,penyanyi dan lain2..adushhh apa nk buat. Apa pun tak boleh bak kata jambu..
Yang pandai, lg best sound org suh p blk belajar balik tp diri sendiri tak sedar..bila sakit pandai igt Tuhan..bila duk posing2 dpn kamera x der igt Tuhan..si XXXXXX pun sama. .Sanggup tgk PASANGAN terlentok2 dpn kamera..

Maaf lah klu ada yg terasa cuma.sbg wanita yg dh kahwin..aku rasa tumpang malu..

Jika aku seorang PERDANA MENTERI

Wah,tetiba datang verangan..kih kih kih..tapi kan,kalau lh aku jadi PM..apa akan ku lakukan..

A)aku cuma kenakan tax pada orang yg bergaji RM4000 ke atas..knp?sbb x semua org gaji RM2500-RM3999 tu ada duit lbh dr gaji..klu ada of course mahu simpan maa..utk hr tua..terutamanya yg kerja swasta cam aku..ofcourse nk kena stanby..manatau ada krisis ekonomi..kena buang kerja

B)Semua ibu tunggal ptt dapat bantuan kewangan segera..maklum r,proses nk declare cerai dh lama.klu nk plak yg laki yg xder tanggungjawab.

C)penjawat awam bebas bersuara

D)Ptptn Free bila peminjam kena byr Tax..boleh kah?

E)Setiap kampung ada pusat komuniti Internet free

F) No ISA. Semua pesalah harus dibicarakan secara terbuka tanpa kira darjat or taraf

G)Limitkan nk tukar warga negara

H)media yang bebas

I) yang lain akan dipikirkan.

Terima kasih
YB Suez

Opsss..terserempak dengan blog LUCAH!!!!


Semalam punyer cerita ni...xsempat nak update...huuhuhuhu..baru kutahu rupanya, ada jugak blog yang memaparkan kisah lucah....aduyai..ku ingat blog cuma untuk berkenalan, bincang isu semasa or hanya catatan peribadi, atau gossip...rupa2nya...TIDAK....
LUCAH nyer pun ada....
Geli geleman aku baca....memang bahasa strait to the piont lah...yang best, blogger tu siap maklum if u all ada nak syer cerita LUCAH..boleh lah email kat dia...pastu siap promote dia nyer FB...aduyai....
Inilah dipanggil blogging tanpa sempadan...
tapi rasanya itu cam blog dari Indonesia..sebab bahasa dia lain sikit....

sepatutnya dia kena letak yang warning tu...18SX NO Entry

note : aku tak sengaja.....bukan ku mahu baca....

Monday, July 11, 2011

KL di pagi Isnin selepas BERSIH

Wah dah macam peninjau aku ni..dah memang aku kerja di KL so mesti lah dpt tgk serba sikit keadaan KL..Semua nampak ok,xder bangunan runtuh atau diconteng..xder sampah mungkin dh dibersihkan oleh DBKL atau dikutip oleh mat pek,maklum r.batang mcm botol tu leh jual.

Cuma yang masih kelihatan sekumpulan polis yg masih berkubu kt dataran merdeka..so the conclusion is

MALAYSIA STILL THE SAME, NO NEED TO THINK TO FAR, sampai dijajah bagai,perang bagai..jgn lh sbb satu hr sampai pikir bukan bukan..

Sunday, July 10, 2011

SAYA NAK PROMOSI JUGAK

 
Kenal itu Banner sapa? Ini banner Cik Niena , terus klik Link itu ya kalau nak cik Nina promosi....

Cik Niena, promot blog saya Kaw2 Kay..wah ...mak nak Glam Glam jugak..


Thank you,
Su

KL CAT PLAYGROUND

Visit cat with kiddos.. as a mom..and not really a cat lover.. I  tak la rasa excited. Just 2 of mykids so eager to play.. others.. more to ...